BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Wednesday, January 23, 2013

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1434H/ 2013M

Photobucket

Wednesday, January 2, 2013

Program Sambutan Ambang Tahun Baru 2013

Pada 31 Disember 2012, Buat pertama kali KRT RPP1 bersama dengan UMNO Caw. RPP1 mengadakan programnya diatas yang diadakan di Balai Komuniti Zon Air Biru 2. Walaupun pada masa tersebut hujan renyai tetapi kehadiran penduduk dalam program ini sangat mengalakan. Turut hadir ialah En. Kamal Nizam, Pembantu Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Johor Bahru yang mewakili Pegawai Perpaduan Daerah Johor Bahru dan En. R. Sabapathy, Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2 merangkap Pengerusi MIC Bahagian Pasir Gudang

Antara aktiviti yang dijalankan iaitu beberapa pertandingan berbentuk indoor telematch seperti kerusi beracun, cari harta karun dan sebagainya. Selain itu juga para peserta dihidangkan dengan jamuan barbeque dan sebagainya. Pada waktu hampir dengan pukul 12.00 tengahmalam diadakan countdown dan persembahan bunga api.

Photobucket
Kemeriahan membakar ayam hehehehe

Photobucket
Antara penduduk yang hadir sedang menikmati jamuan
yang disediakan

Photobucket
Salah satu acara permainan Kerusi Beracun untuk
kategori Jiran Muda

Photobucket
Ucapan dari En. Kamal Nizam selaku wakil rasmi
Pegawai Perpaduan Daerah JB

Photobucket
Penyampaian hadiah kepada pemenang permainan

Photobucket
Persembahan bunga api

Photobucket
Keriangan anak-anak muda Rumah Pangsa Peringkat 1

Monday, December 31, 2012

Selamat Tahun Baru 2013 Dari UMNO RPP1

Photobucket

Wednesday, December 26, 2012

Program Ceria Komuniti Bersama Yang Dipertua MPPG

Pada hari Ahad 23 Disember 2012, JKP MPPG Zon Air Biru 2 bersama dengan UMNO Cawangan RPP1 telah mengadakan program diatas yang diadakan di pekarangan Blok 16/17 SEDC Flat, Tmn Air Biru yang dirasmikan oleh Tuan Haji Onn bin Jabar@Jaafar - Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Turut hadir ialah En. R. Sabapathy - Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2 merangkap Pengerusi MIC Bhg Pasir Gudang dan Tuan Haji Abdullah Abd Rahman - Ahli Majlis MPPG Zon Cendana merangkap AJK UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Program dimulakan dengan acara senamrobik diikuti dengan acara-acara pertandingan lain seperti pertandingan melukis, sukaneka, cabutan bertuah dan acara khas untuk jawatankuasa kerja program ini. Selain itu juga Yang Dipertua MPPG  telah melawat serta meninjau perkembangan projek mengecat blok dibawah Projek Penyelengaraan 1 Malaysia yang telah dijalan sejak November 2012 dan dijangka siap Januari 2013. Program ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 1.00 petang.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Tuesday, December 4, 2012

Seminar Fire Safety Awareness

Pada 1 Disember 2012, Fire Prevention Centre (FPC) Malaysia bersama dengan JKP Zon Air Biru 2 dan UMNO Cawangan RPP1 mengadakan program diatas bertempat di Balai Komuniti Zon Air Biru 2. Seramai 20 orang peserta terdiri dari penduduk sekitar Rumah Pangsa Peringkat 1 telah hadir mengikuti seminar ini.

Turut hadir ialah En. R. Sabapathy, Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2 yang juga Pengerusi MIC Bahagian Pasir Gudang. Program ini bertujuan bagi memberi pendedahan berkenaan punca kebakaran, cara mengatasi serta langkah-langkah keselamatan dan menyelamat yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran di kediaman kita yang disampaikan oleh penceramah dari FPC Malaysia. Seminar ini bermula jam 9.00 malam dan berakhir jam 10.30 malam.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Thursday, November 15, 2012

Selamat Menyambut Awal Muharram 1434 Hijrah

Photobucket

Wednesday, November 7, 2012

Selamat Bercuti

Photobucket

Monday, October 29, 2012

Program Ibadah Korban UMNO Cawangan RPP1

Pada Jumaat 26 Oktober 2012, bertepatan dengan perayaan Hari Raya Korban, UMNO Cawangan RPP1 bersama dengan KRT RPP1 dan Persatuan Penduduk Blok LPJ telah mengadakan program diatas yang diadakan di Pusat Kegiatan Penduduk Flat LPJ. Sebanyak 3 ekor lembu telah berjaya dikorbankan sumbangan dari Parlimen Pasir Gudang dan masyarakat setempat.

Hadir bersama ialah Tuan Haji Sabran - Ketua Cawangan UMNO RPP1, En. Khairul Fahmi - Setiausaha UMNO Cawangan dan Tuan Haji Menjali - Pengerusi Penduduk Blok LPJ. Turut hadir meninjau ialah Tuan Haji Rahim Latiff - Bendahari UMNO Bhg PG merangkap Pengerusi PDM Tmn Air Biru dan Tuan Haji Rozlan - Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Thursday, October 25, 2012

Program Taklimat Salam Sayang

Pada Selasa 23 Oktober 2012, Penerangan Wanita UMNO Bhg Pasir Gudang mengadakan program diatas bertempat di Balai Komuniti Zon Air Biru 2. Seramai hampir 50 orang wanita yang terdiri dari pengundi PDM Sek. Keb. Pasir Gudang 2 dan Pasir Gudang 3. Selain taklimat diadakan demonstarsi memasak yang disampaikan oleh tenaga pengajar KEMAS. Taklimat ini bermula jam 8.30 malam dan berakhir jam 10.00 malam. 






Photobucket

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1433 H/2012 M

Photobucket