BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Saturday, December 11, 2010

Hari Keluarga Komuniti 1 Malaysia Parlimen Pasir Gudang

Pada sabtu 4 Disember 2010, Wanita UMNO bahagian Pasir Gudang bersama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat serta Kolej Komuniti Pasir Gudang telah menganjurkan Program Hari Keluarga Komuniti 1 Malaysia yang diadakan di Bukit Layang - Layang, Pasir Gudang. Program ini dirasmikan oleh YB. Dato' Seri Hj Mohamed Khaled Nordin - Menteri Pengajian Tinggi Malaysia merangkap Ahli Parlimen pasir Gudang.

Berbagai program dan acara diadakan seperti pertandingan bola jaring berkain, sukaneka, pertandingan memasak & gubahan, pertandingan bayi comel dan berbagai lagi aktiviti yang menarik.

Photobucket
YB Dato' Seri dengan gaya berkain pelikat bergerak
untuk perasmian program ini

Photobucket
Antara VIP yang hadir dalam program ini

Photobucket
Aktiviti pertandingan bola jaring berkain

Photobucket
Kemeriahan aktiviti sukaneka tarik tali

Photobucket
Pn. Asimah - Ketua Wanita UMNO Caw. RPP1 telah
mendapat johan pertandingan memasak

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah 1432 Dari UMNO RPP1

Thursday, December 2, 2010

Program Hari Keluarga 1 Malaysia

Photobucket

Wednesday, November 24, 2010

Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM/ STPM


Kami disini ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar di seluruh Malaysia yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Semoga mendapat keputusan yang cemerlang dan menjadi remaja yang berguna akan datang.

Friday, November 19, 2010

Agihan Daging Lembu Korban Oleh Pemuda UMNO Cawangan RPP1 Sempena Hari Raya Aidiladha

Pada 17 November 2010 bertepatan dengan suasana sambutan Hari Raya Aidiladha, En. Norhazli bin Mohamad - Pen. Setiausaha Pemuda Cawangan dan En. Khairul Fahmi - Pengerusi Tetap Pemuda Cawangan telah membuat edaran daging korban kepada mereka - mereka yang kurang mampu, ibu tunggal, OKU dan anak yatim disekitar kawasan Rumah Pangsa Peringkat 1. Daging korban adalah hasil sumbangan dari Surau Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
En. Norhazli dan En. Fahmi sedang menyampaikan
sumbangan daging kepada antara penduduk
sekitar Rumah Pangsa Peringkat 1

Monday, November 15, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha 1431 H/ 2010 M

Thursday, November 11, 2010

Program Sihat Peringkat Parlimen Pasir Gudang

Photobucket

Sunday, October 31, 2010

Info Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi (P 185)

Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi diadakan berikutan berikutan kematian penyandangnya, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, 9 Oktober lalu.

Tarikh Penamaan Calon: 26 Oktober 2010

Tarikh Pilihan Raya: 4 November 2010

Fakta Berkaitan Parlimen Batu Sapi

  1. Mendiang menduduki kerusi itu sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenanginya tanpa sebarang saingan.
  2. Pada pilihan raya 2008, beliau mengekalkan kerusinya dengan mudah – menumpaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi.
  3. Sebanyak 45 saluran akan dibuka.
  4. 405 petugas telah dilantik bagi mengendalikan perjalanan pilihan raya.

info parlimen batu sapi

Demografi Penduduk

Pilihan raya kecil itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama dan Suku Tahun Kedua 2010 yang telah dikemaskini sehingga 9 Oktober lalu.

  • 25,582 pengundi berdaftar.
  • 24,047 pengundi biasa.
  • 1,535 pengundi pos.

Pecahan Mengikut Kaum

  • Bumiputera Islam 60.1%
  • Cina 37.2%
  • Bumiputera Bukan Islam 2.3%
  • Lain-lain 0.4%

Info Pilihanraya Kecil DUN Galas (N45)

Pilihan Raya Kecil DUN Galas (N45) bakal diadakan berikutan kematian penyandangnya iaitu Allahyarham Chek Hashim bin Sulaima pada 27 September 2010.

Tarikh Penamaan Calon: 26 Oktober 2010

Tarikh Pilihan Raya: 4 November 2010

Fakta Berkaitan DUN Galas

  1. Sebanyak 11 sekolah, sebuah balai dan dewan akan digunakan sebagai tempat mengundi.
  2. 323 petugas telah dilantik oleh SPR bagi melicinkan perjalanan pilihan raya itu.
  3. RM1.3 juta diperuntukkan oleh SPR bagi menjalankan pilihan raya kecil ini.
  4. Galas terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang bersama DUN Nenggiri dan DUN Paloh.
  5. SPR menjangkakan lebih 81 peratus pengundi akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil itu.

Info PRK Dun Galas

Demografi Pengundi DUN Galas

Pilihan raya kecil DUN Galas akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama dan Suku Tahun Kedua 2010 yang telah dikemaskini sehingga 27 September lalu

  • 11,553 pengundi berdaftar.
  • 11,426 pengundi biasa.
  • 127 pengundi pos.

Pecahan Mengikut Kaum

  • Melayu 65.4%
  • Cina 22.3%
  • India 1.8%
  • Lain-lain 10.5%

Thursday, October 14, 2010

Selamat Menunaikan Ibadah Haji 1431 Hijrah/ 2010 Masihi

UMNO Cawangan RPP1 mengucapkan selamat berangkat & selamat menunaikan Ibadah Haji kepada mereka -

1. En. Sabran bin Awang (Ketua Cawangan) & Isterinya
2. En. Suhada bin Biran (Tim. Pengerusi Tetap Caw.) & Isterinya
3. En. Abu Bakar bin Taib (AJK cawangan) & Isterinya

Semoga mereka mendapat keberkatan di Tanah Suci dan Haji yang mabrur - Amin