BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Saturday, February 7, 2009

Pembangkang perlu terima peralihan kuasa

KUALA LUMPUR: Semua pihak terutama ahli dan pemimpin parti politik pembangkang perlu menerima dengan terbuka proses peralihan kuasa yang sedang berlaku di Perak ketika ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Katanya, parti yang berupaya membentuk kerajaan negeri di Perak perlu diberi peluang dan hak yang adil untuk memerintah negeri itu.

"Mereka perlu memberi peluang dan menghormati parti yang berjaya membentuk kerajaan negeri yang baru di Perak seperti mana PR memerintah negeri itu selepas Pilihan Raya Umum ke-12, Mac tahun lalu," katanya ketika dihubungi, semalam. Beliau mengulas kejayaan Barisan Nasional (BN) yang kembali berkuasa di Perak kelmarin selepas Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak memperkenankan pembubaran DUN dan menitahkan supaya Menteri Besar dari PR, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin serta barisan Exconya meletak jawatan, berkuat kuasa serta-merta.

BN yang mempunyai 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kembali memerintah Perak selepas tiga Adun PR masing-masing Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Fong (Jelapang) mengumumkan keluar pakatan itu dan menjadi Adun Bebas serta menyatakan sokongan kepada BN. BN mendapat majoriti mudah selepas memiliki 31 kerusi termasuk tiga Bebas manakala PR 28 kerusi masing-masing 17 dari DAP, PKR (lima) dan Pas (enam).

BN melantik Adun Pangkor, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak ke-11 dan mengangkat sumpah jawatan itu, semalam. Dalam perkembangan lain, Abdul Aziz berkata, SPR tetap dengan keputusan pilihan raya kecil DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang tidak perlu diadakan pada masa ini kerana status wakil rakyat di kawasan itu sah di sisi undang-undang walaupun mereka kini menjadi Adun Bebas. "Walaupun begitu, PR berhak memfailkan saman di mahkamah untuk memohon mengisytiharkan kerusi DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang, kosong.

"Kita akan menunggu keputusan mahkamah. Jika mahkamah memutuskan mengosongkan kerusi DUN terbabit, SPR akan melaksanakan tanggungjawabnya mengadakan pilihan raya kecil seperti termaktub dalam Akta Pilihan Raya," katanya.

0 ulasan: