BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Wednesday, February 18, 2009

Pilihanraya Kecil Di Dua Bukit


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya kecil kawasan parlimen P59 Bukit Gantang, Perak dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N25 Bukit Selambau, Kedah akan diadakan serentak dengan tarikh 29 Mac penamaan calon manakala pengundian pada 7 April depan. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengumumkan tarikh pilihan raya di kawasan terbabit selepas mempengerusikan mesyuarat khas bagi membincangkan kekosongan di kawasan berkaitan di pejabatnya, hari ini.

Dalam hal ini, SPR memperuntukkan tempoh berkempen dalam pilihan raya tersebut selama sembilan hari. Kerusi Bukit Gantang kosong berikutan kematian Ahli Parlimen PAS kawasan itu Allahyarham Roslan Shahrom pada 9 Februari akibat serangan jantung. Sementara bagi kerusi DUN Bukit Selambau pula, kekosongan itu berikutan perletakan jawatan penyandangnya V. Arumugam sebagai Adun Selasa lalu.

Pilihan raya kecil tersebut perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas SPR menerima notis kekosongan di kedua-dua kerusi tersebut. Pada pilihan raya umum ke-12, 8 Mac tahun lalu, kerusi Parlimen Bukit Gantang dimenangi calon PAS menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, manakala di DUN Bukit Selambau, Arumugam yang bertanding atas tiket Bebas menewaskan S. Krishnan juga daripada BN. Sesungguhnya pilihan raya kecil ini adalah peluang kepada para pengundi tempatan untuk menolak ketidakadilan pentadbiran pakatan campuran dengan memilih parti yang akan 'Selamatkan Negara Kita, Pilih BN'.

0 ulasan: