BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Wednesday, February 18, 2009

Pilihanraya Kecil Di Dua Bukit


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya kecil kawasan parlimen P59 Bukit Gantang, Perak dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N25 Bukit Selambau, Kedah akan diadakan serentak dengan tarikh 29 Mac penamaan calon manakala pengundian pada 7 April depan. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengumumkan tarikh pilihan raya di kawasan terbabit selepas mempengerusikan mesyuarat khas bagi membincangkan kekosongan di kawasan berkaitan di pejabatnya, hari ini.

Dalam hal ini, SPR memperuntukkan tempoh berkempen dalam pilihan raya tersebut selama sembilan hari. Kerusi Bukit Gantang kosong berikutan kematian Ahli Parlimen PAS kawasan itu Allahyarham Roslan Shahrom pada 9 Februari akibat serangan jantung. Sementara bagi kerusi DUN Bukit Selambau pula, kekosongan itu berikutan perletakan jawatan penyandangnya V. Arumugam sebagai Adun Selasa lalu.

Pilihan raya kecil tersebut perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas SPR menerima notis kekosongan di kedua-dua kerusi tersebut. Pada pilihan raya umum ke-12, 8 Mac tahun lalu, kerusi Parlimen Bukit Gantang dimenangi calon PAS menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, manakala di DUN Bukit Selambau, Arumugam yang bertanding atas tiket Bebas menewaskan S. Krishnan juga daripada BN. Sesungguhnya pilihan raya kecil ini adalah peluang kepada para pengundi tempatan untuk menolak ketidakadilan pentadbiran pakatan campuran dengan memilih parti yang akan 'Selamatkan Negara Kita, Pilih BN'.

Tuesday, February 17, 2009

Kursus Jatidiri Puteri UMNO Pasir Gudang

Tarikh : 21hb hingga 22hb Februari, 2009
Hari : Sabtu & Ahad

Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang

Tempat : Gelang Patah

Anjuran : Biro Penerangan, Latihan dan Pentadbiran
Penyertaan : 4 orang setiap cawangan

Sunday, February 15, 2009

Kursus Kepimpinan UMNO Pasir Gudang

En. Sabran bin Awang, Ketua Cawangan RPP1 telah mengikuti kursus diatas yang diadakan di Cactus Inn Sri Alam, Masai pada 7 hingga 8 Febuari 2009.

Saturday, February 7, 2009

Pembangkang perlu terima peralihan kuasa

KUALA LUMPUR: Semua pihak terutama ahli dan pemimpin parti politik pembangkang perlu menerima dengan terbuka proses peralihan kuasa yang sedang berlaku di Perak ketika ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Katanya, parti yang berupaya membentuk kerajaan negeri di Perak perlu diberi peluang dan hak yang adil untuk memerintah negeri itu.

"Mereka perlu memberi peluang dan menghormati parti yang berjaya membentuk kerajaan negeri yang baru di Perak seperti mana PR memerintah negeri itu selepas Pilihan Raya Umum ke-12, Mac tahun lalu," katanya ketika dihubungi, semalam. Beliau mengulas kejayaan Barisan Nasional (BN) yang kembali berkuasa di Perak kelmarin selepas Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak memperkenankan pembubaran DUN dan menitahkan supaya Menteri Besar dari PR, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin serta barisan Exconya meletak jawatan, berkuat kuasa serta-merta.

BN yang mempunyai 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kembali memerintah Perak selepas tiga Adun PR masing-masing Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Fong (Jelapang) mengumumkan keluar pakatan itu dan menjadi Adun Bebas serta menyatakan sokongan kepada BN. BN mendapat majoriti mudah selepas memiliki 31 kerusi termasuk tiga Bebas manakala PR 28 kerusi masing-masing 17 dari DAP, PKR (lima) dan Pas (enam).

BN melantik Adun Pangkor, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak ke-11 dan mengangkat sumpah jawatan itu, semalam. Dalam perkembangan lain, Abdul Aziz berkata, SPR tetap dengan keputusan pilihan raya kecil DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang tidak perlu diadakan pada masa ini kerana status wakil rakyat di kawasan itu sah di sisi undang-undang walaupun mereka kini menjadi Adun Bebas. "Walaupun begitu, PR berhak memfailkan saman di mahkamah untuk memohon mengisytiharkan kerusi DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang, kosong.

"Kita akan menunggu keputusan mahkamah. Jika mahkamah memutuskan mengosongkan kerusi DUN terbabit, SPR akan melaksanakan tanggungjawabnya mengadakan pilihan raya kecil seperti termaktub dalam Akta Pilihan Raya," katanya.

Berkhidmat Di Hari Sukan

Sdri Fauziah bt Mohamed, Pen. Setiausaha Puteri UMNO Cawangan RPP1 terlibat dalam khidmat membantu menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan Sek. Keb. Permas Jaya 1 kali ke 16 yang diadakan diadakan di padang sekolah berkenaan pada Jumaat 6 Febuari 2009. Seramai 10 orang wakil Pergerakan Puteri UMNO Pasir Gudang terlibat dalam khidmat ini. Antara tugas yang dilaksanakan ialah sebagai urusetia pencatat masa dan nombor peserta untuk sukan tersebut.

Ahli Puteri UMNO Bahagian Pasir Gudang
yang terlibat dalam khidmat ini

Tuesday, February 3, 2009

Mesyuarat Gabungan Caw. UMNO Kawasan Air Biru

Pada hari Ahad 1 Febuari 2009, UMNO Cawangan RPP1 telah menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Gabungan Cawangan - Cawangan UMNO dalam kawasan Tmn Air Biru yang diadakan di Bilik Komuniti RPP1. Seramai 30 orang wakil dari 6 cawangan yang hadir iaitu Cawangan RPP1, Tmn Air Biru, Perjiranan 10, MSE Flat, Rumah Pangsa Air Biru dan Perumahan TNB. Turut hadir sebagai pemerhati ialah wakil dari UMNO Bahagian Tn. Hj. Baharrudin bin Taib, Pegawai Khas YB datuk Seri Khaled, En. Rahim bin Latiff Bendahari UMNO Pasir Gudang merangkap Ketua Caw. MSE Flat, Tn. Hj. Rozlan dari Biro Kebajikan UMNO Pasir Gudang dan Pn. Hjh Normala Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Gudang. Dalam mesyuarat ini berbagai isu dan permasalahan dalam cawangan - cawangan yang hadir dibincangkan, penyusunan program gabungan dan perlantikan Jawatankuasa Kerja Gabungan. En. Sabran bin Awang dari Caw. RPP1 dilantik sebagai Pengerusi JK Gabungan manakala Tn. Hj. Jamari dari Caw. Tmn Air Biru sebagai Tim. Pengerusi serta Ketua - Ketua Cawangan yang lain dilantik sebagai AJK. Dengan wujudnya gabungan ini maka dapatlah sama - sama berkerjasama dan saling membantu antara cawangan dalam kawasan Tmn Air Biru terutama dari segi mengerakan program. Terima kasih kepada AJK Bahagian yang hadir sebagai pemerhati.

En. Khairul Fahmi Setiausaha UMNO caw RPP1
sebagai pengerusi sementara mesyuarat.
Di sebelah kanan En. Sabran dan sebelah kiri Tn. Hj Jamari

Antara perwakilan cawangan yang hadir dalam mesyuarat ini

Ulasan dari Tn. Hj. Baharudin berkenaan gabungan ini

Antara pemerhati dari UMNO Bahagian yang hadir

Monday, February 2, 2009

Konvensyen Pemuda UMNO Pasir Gudang 2009

Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan RPP1 telah menghantar seramai 2 orang iaitu Sdra Khalimi, Ketua Pemudanya dan Sdra Khairul Fahmi, Pengerusi Tetap Pemuda ke Konvensyen Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang yang pertama kali dianjurkan pada 31 januari 2009 bertempat di Dewan Besar Politeknik Johor Bahru. Konvensyen ini dirasmikan oleh YB Datuk Seri Hj. Mohamed Khaled bin Hj. Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Turut hadir Datuk Hj. Ibrahim bin Ghaffar, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Tuan Pengarah Politeknik Johor Bahru dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Sdra Rohazam. Seramai lebih 50 orang ahli pemuda dari seluruh cawangan dalam bahagian Pasir Gudang menyertai konvensyen ini. Dalam konvensyen ini dijalankan bengkel bagi mencari solusi, cadangan dan buah fikiran para pemuda bagi meningkatkan lagi perpaduan dan martabat bangsa melayu serta membina pengukuhan parti UMNO yang dicintai. Selain itu diadakan ceramah tentang keselamatan negara dan tayangan video berkenaan perjuangan orang melayu mempertahankan tanah air dari cengkaman komunis