BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Tuesday, May 25, 2010

Lawatan YAB. Perdana Menteri Malaysia Ke Kg. Baru Plentong, Masai

Pada Sabtu 22 Mei 2010, beberapa orang ahli UMNO dari cawangan RPP1 berkumpul di Kg. Plentong Baru, Masai bagi menyambut ketibaan YAB Datuk Seri Najib bin Tun Razak, Perdana Menteri kita yang juga Presiden UMNO Malaysia dalam lawatan beberapa tempat di Johor Bahru. YAB Perdana Menteri tiba di Pekan Kg. Plentong Baru pada jam 10.30 pagi. Hadir menyambut ialah YB. Dato' Seri Hj. Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang yang juga Ketua UMNO Pasir Gudang, YB En. Tan Cherk Puk ADUN Johor Jaya merangkap Ketua MCA Pasir Gudang, YB. En. M.M Samy ADUN Permas dan juga En. Sabapathy Ketua MIC Pasir Gudang serta AJK - AJK Komponen Barisan Nasional Bahagian Pasir Gudang.

Lawatan ini diadakan bagi memberi peluang masyarakat yang berbagai kaum dapat beramah mesra serta mengenali beliau dengan lebih dekat lagi. YAB. Perdana Menteri juga singgah sebentar di Kedai Kopi Keng Guan Tong di Kg. Plentong Baru bersama dengan barisan kepimpinan komponen Barisan Nasional. Turut mengiring YAB. Perdana Menteri ialah YB. Dato' Abd Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor

Suasana keadaan di Kg. Plentong Baru semasa menunggu
ketibaan YAB Perdana Menteri Malaysia

Pemimpin - pemimpin parti Komponen Barisan Nasional
Bahagian Pasir Gudang sedang menunggu ketibaan
YAB Perdana Menteri


Ketibaan YAB. Dato; Seri Najib bin Tun Razak
Perdana Menteri Malaysia disambut meriah oleh
penduduk Kg. Plentong Baru

YAB. Perdana Menteri sedang menandatangani plag

YAB. Perdana Menteri sedang bergerak ke Kedai Kopi
Keng Guan Tong

0 ulasan: