Pada Ahad 16 Mei 2010, UMNO cawangan RPP1 telah berjaya menyempurnakan persidangan bagi cawangan dan sayap - sayap cawangan iaitu Pemuda, Puteri dan Wanita yang diadakan di Pusat Komuniti RPP1. Ini merupakan pertama ketiga - tiga sayap terutama sayap wanita yang baru ditubuhkan bersidang serentak pada malam tersebut. Persidangan sayap - sayap bermula pada jam 8.30 mlm dan berakhir dalam jam 9.30 mlm dan selepas itu diteruskan dengan dengan persidangan cawangan yang berakhir jam 10.45 malam. Turut hadir sebagai pegawai penyelaras ialah En. Ali Jaudin bin Mukhibat, AJK UMNO Bahagian Pasir Gudang. Hadir juga Sdra Ramli, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pasir Gudang serta penyelaras - penyelaras persidangan sayap dari Bahagian Pasir Gudang.
Train Miner
5 weeks ago
0 ulasan:
Post a Comment