BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Wednesday, June 23, 2010

Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pasir Gudang 2010

Pada hari Ahad 20 Jun 2010, Pergerakan Puteri UMNO Cawangan RPP1 telah menghantar 3 orang perwakilanya iaitu Sdri Nooraidah - Ketua Puteri cawangan, Sdri Eliza - Naib Ketua Puteri dan Sdri Iza Lina - Pen. Bendahari Puteri cawangan ke Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Pasir Gudang yang diadakan di Dorset Hotel, Johor Bahru jam 9.00 pagi. Mesyuarat Perwakilan ini dirasmikan oleh Pn. Nor Azila binti Abd Rahman - Penolong Setiausaha Puteri UMNO Malaysia. Turut hadir ialah Ketua Puteri UMNO Pasir Gudang YM. Raja Norasyikin dan wakil - wakil penyelaras bahagian. Mesyuarat Perwakilan Puteri ditangguhkan jam 11.30 pagi.

Para perwakilan Puteri UMNO dari cawangan - cawangan
dalam Pasir Gudang

Penyampaian cenderahati kepada Pn. Nor Azilah Abd Rahman
oleh YM Raja Norasyikin

Barisan kepimpinan Puteri UMNO Bahagian Pasir Gudang

Para perwakilan puteri cawangan bersalam - salaman
setelah tamat persidangan

Pada sebelah petang pula, Pergerakan Pemuda UMNO cawangan RPP1 telah menghantar 3 orang perwakilanya iaitu Sdra Khairul Fahmi - Pengerusi Tetap Pemuda Cawangan mewakili En. Khalimi - Ketua Pemuda Cawangan yang juga AJK Pemuda Bahagian, Sdra Norhazli - Pen. Setiausaha Pemuda Cawangan dan Sdra Norhisyam - Ahli Pemuda Cawangan ke Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Pasir Gudang yang diadakan di T.S Hotel Tmn Scientex, Pasir Gudang jam 2.00 petang. Mesyuarat Perwakilan ini dirasmikan oleh Y.B Dato' Razali bin Hj Ibrahim naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Turut hadir ialah Tn. Hj. Ahmad bin Daud - Naib Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang yang mewakili Y.B Dato' Seri Khaled Nordin Ketua UMNO Pasir Gudang dan Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang Sdra Rohazam Shah, wakil - wakil penyelaras bahagian dan penyelaras dari Pemuda UMNO Bahagian Tanjung Piai sebagai wakil dari Pemuda UMNO Johor. Turut diadakan ialah perasmian Koperasi Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang oleh Y.B Dato' Razali. Mesyuarat Perwakilan Pemuda ditangguhkan jam 7.10 petang.

Ucapan perasmian oleh Y.B Dato' Razali Ibrahim
Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Perasmian Koperasi Pemuda Pasir Gudang

Penyampaian sumbangan untuk pelajar

Barisan kepimpinan Pemuda UMNO Pasir Gudang

Para perwakilan pemuda UMNO dari cawangan - cawangan
dalam bahagian Pasir Gudang

0 ulasan: