BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Tuesday, June 29, 2010

Program Larian Semarak Perisytiharan MPPG Serta Pertandingan Mewarna & Telematch Zon Air Biru 2

Photobucket

Pada 27 Jun 2010, Zon Air Biru 2 telah menjadi pusat hentian ke 15 dari 21 hentian seluruh Pasir Gudang bagi larian Semarak Perisytiharan MPPG sempena menyambut perisytiharan Pasir Gudang menjadi Majlis Perbandaran pada 1 Julai ini. Seramai 30 orang peserta larian diketuai oleh En. Khairul Fahmi - Setiausaha JKP Zon Air Biru 2 yang juga Setiausaha UMNO Caw. RPP1 mewakili MPPG Zon Air Biru 2. Penyerahan Baton Watikah Perisytiharan diserahkan olen Tn. Hj. Jamari - Pengerusi JKP Zon Air Biru 3 kepada En. Sabapathy a/l Ramasamy - Ahli Majlis Zon Air Biru 2 di Hentian 14 Kebayan Tembusu dan memulakan larian sejauh 1.5 km sehingga ke Hentian ke 15 di Kebayan Sena, Rumah Pangsa Peringkat 1.

Selain program larian diatas, JKP Zon Air Biru 2 dengan kerjasama Echo Rovers Creww, KRT RPP1 dan UMNO Cawangan RPP1 mengadakan aktiviti pertandingan mewarna bagi kanak - kanak dan telematch. Pihak penganjur Larian Semarak juga mengadakan aktivitinya iaitu pertandingan kuiz perisytiharan, edaran kupon cabutan bertuah dan cenderahati yang lain yang dikendalikan oleh jemputan khas dari RTM Johor, En. Azizan. Baton kemudian diserahkan kepada En. Hassan bin Sanip - Pengerusi JKP Zon Air Biru 1 untuk larian seterusnya. Larian ini akan berakhir di Hentian ke 21 pada malam 30 Jun di Menara Aqabah.

Photobucket
Penyampaian Baton Perisytiharan oleh Tn. Hj. Jamari
kepada En. Sabapathy di Hentian 14 Kebayan Tembusu

Photobucket
Peserta larian Semarak Perisytiharan sedang berlari
menuju Hentian 15 Kebayan Sena

Photobucket
Pertandingan mewarna di Kebayan Sena
Rumah Pangsa Peringkat 1

Photobucket
Antara penduduk di sekitar kawasan Zon Air Biru 2
yang hadir memeriahkan program ini

Photobucket
En. Azizan dari RTM Johor sedang mengendalikan
pertandingan kuiz Semarak Perisytiharan

Photobucket
Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna
disampaikan oleh En. Sabapathy Ahli Majlis Zon Air Biru 2

Photobucket
Acara Telematch yang dikendalikan oleh Echo Rovers Crew
dan UMNO Cawangan RPP1

1 ulasan:

Unknown said...

Alhamdullilah, Larian Semarak dapat dilaksanakan dengan jayanya... Saya selaku Urusetia Larian Semarak ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas penyertaan dari Zon Air Biru 2. Terima Kasih - Muzaffar