Pada Hari Jumaat 27 Ogos 2010, Biro Kebajikan UMNO Pasir Gudang bersama dengan UDA Angsana Sdn. Bhd. mengadakan program diatas yang diadakan di pekarangan Masjid Al-Ittihad, Perjiranan 9, Tmn Air Biru. Seramai lebih 50 orang yang terdiri dari ibu tunggal, anak yatim dan OKU dari cawangan - cawangan UMNO dalam Taman Air Biru dan Taman Mawar telah menerima sumbangan dari UDA Holdings.
Sumbangan ini disampaikan YB Dato' Seri Hj Mohamed Khaled bin Hj Nordin - Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang. Diantaranya seramai 13 orang dari UMNO Cawangan RPP1 dipilih untuk menerima sumbangan tersebut. Selain itu penyampaian sumbangan kewangan kepada 22 masjid dalam Parlimen Pasir Gudang untuk kegiatanya di bulan Ramadhan.

Antara tetamu dan penerima sumbangan yang hadir
pada majlis ini

Ucapan dari YB Dato' Seri Hj. Mohamed Khaled
Ketua UMNO Pasir Gudang merangkap Ahli Parlimen
Pasir Gudang

Penyampaian sumbangan oleh YB Dato' Seri kepada
penerima sumbangan

En. Sabran - Ketua UMNO Caw RPP1 mewakili Masjid
Tmn Air Biru menerima sumbangan

Para tetamu mengambil juadah ketika jamuan
berbuka bermula
0 ulasan:
Post a Comment