
Pada awal pagi Ahad 29 Ogos 2010, Kawasan UMNO Cawangan RPP1 menerima kunjungan dan bersama - sama menjayakan program diatas anjuran Persatuan Belia 4B Kawasan Parlimen Pasir Gudang. Seramai hampir 25 orang ahli persatuan diketuai oleh En. Amran bin Arsat - Pengerusi Belia 4B Pasir Gudang hadir ke cawangan RPP1. Turut hadir dalam program ini ialah Tn. Hj. A. Rahim bin Latiff - Pengerusi Kawasan Peti Undi SKPG3 merangkap Bendahari UMNO Bahagian Pasir Gudang dan En. Roslan - Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang.
Program ini bermula dengan ucapan dari VIP seterusnya bergerak ke rumah yang dipilih untuk bersahur bersama - sama mereka. Selain itu juga Belia 4B menyampaikan sumbangan bahan keperluan dapur kepada keluarga yang telah dilawati. Diakhir program diadakan jamuan bersahur bersama - sama di Pusat Komuniti RPP1 antara Belia 4B dengan Jawatankuasa UMNO Cawangan RPP1. Program berakhir jam 4.00 pagi.

Antara Ahli Belia 4B yang hadir

Tn. Hj. Rahim bersama En. Amran bin Arsat

Ahli Belia 4B sedang bergerak ke rumah - rumah

Bersahur bersama keluarga yang diziarahi

Salah satu rumah yang diziarahi
0 ulasan:
Post a Comment