BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Wednesday, June 30, 2010

Persidangan Tahunan UMNO Bahagian Pasir Gudang 2010

Pada Ahad 27 Jun 2010 UMNO cawangan RPP1 telah menghantar seramai 4 orang perwakilan ke Persidangan UMNO Bahagian Pasir Gudang yang diadakan di Dewan Besar Politeknik Johor Bahru, Pasir Gudang. Mereka ialah En. Sabran - Ketua Cawangan, En. Musa - Tim. Ketua, En. satar - Bendahari Cawangan dan Pn. Faridah - AJK Cawangan.

Persidangan ini dirasmikan oleh YB. Dato`Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor Setiausaha Agong Umno Malaysia Merangkap Ahli Parlimen Putrajaya. Hadir di persidangan ini ialah YB. Dato' Seri Hj Mohamed Khaled bin Nordin Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang. Persidangan ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 5.00 petang.

Photobucket

Perwakilan dari Cawangan RPP1
dari kiri Pn. Faridah, En. Satar, En. Musa dan En. Sabran

Photobucket

YB. Dato`Seri Tengku Adnan Bin Tengku Mansor
sedang menyampaikan ucapan perasmianya

Photobucket

Suasana di dewan persidangan yang sedang berjalan

Photobucket

YB Dato' Seri Mohamed Khaled bersama
barisan kepimpinan UMNO Bahagian Pasir Gudang

Photobucket

Perwakilan Bahagian Pasir Gudang yang bertanding G7

Tuesday, June 29, 2010

Program Larian Semarak Perisytiharan MPPG Serta Pertandingan Mewarna & Telematch Zon Air Biru 2

Photobucket

Pada 27 Jun 2010, Zon Air Biru 2 telah menjadi pusat hentian ke 15 dari 21 hentian seluruh Pasir Gudang bagi larian Semarak Perisytiharan MPPG sempena menyambut perisytiharan Pasir Gudang menjadi Majlis Perbandaran pada 1 Julai ini. Seramai 30 orang peserta larian diketuai oleh En. Khairul Fahmi - Setiausaha JKP Zon Air Biru 2 yang juga Setiausaha UMNO Caw. RPP1 mewakili MPPG Zon Air Biru 2. Penyerahan Baton Watikah Perisytiharan diserahkan olen Tn. Hj. Jamari - Pengerusi JKP Zon Air Biru 3 kepada En. Sabapathy a/l Ramasamy - Ahli Majlis Zon Air Biru 2 di Hentian 14 Kebayan Tembusu dan memulakan larian sejauh 1.5 km sehingga ke Hentian ke 15 di Kebayan Sena, Rumah Pangsa Peringkat 1.

Selain program larian diatas, JKP Zon Air Biru 2 dengan kerjasama Echo Rovers Creww, KRT RPP1 dan UMNO Cawangan RPP1 mengadakan aktiviti pertandingan mewarna bagi kanak - kanak dan telematch. Pihak penganjur Larian Semarak juga mengadakan aktivitinya iaitu pertandingan kuiz perisytiharan, edaran kupon cabutan bertuah dan cenderahati yang lain yang dikendalikan oleh jemputan khas dari RTM Johor, En. Azizan. Baton kemudian diserahkan kepada En. Hassan bin Sanip - Pengerusi JKP Zon Air Biru 1 untuk larian seterusnya. Larian ini akan berakhir di Hentian ke 21 pada malam 30 Jun di Menara Aqabah.

Photobucket
Penyampaian Baton Perisytiharan oleh Tn. Hj. Jamari
kepada En. Sabapathy di Hentian 14 Kebayan Tembusu

Photobucket
Peserta larian Semarak Perisytiharan sedang berlari
menuju Hentian 15 Kebayan Sena

Photobucket
Pertandingan mewarna di Kebayan Sena
Rumah Pangsa Peringkat 1

Photobucket
Antara penduduk di sekitar kawasan Zon Air Biru 2
yang hadir memeriahkan program ini

Photobucket
En. Azizan dari RTM Johor sedang mengendalikan
pertandingan kuiz Semarak Perisytiharan

Photobucket
Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna
disampaikan oleh En. Sabapathy Ahli Majlis Zon Air Biru 2

Photobucket
Acara Telematch yang dikendalikan oleh Echo Rovers Crew
dan UMNO Cawangan RPP1

Wednesday, June 23, 2010

Mesyuarat Penyelarasan Peti Undi Kali Ke 3

Tarikh
29 Jun 2010 (Selasa)
Tempat
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1
Jalan 10/17, Pasir Gudang
Masa
8.45 malam
Kehadiran
Ketua Cawangan, Pegawai dan AJK Cawangan
Ketua - ketua Sayap Cawangan
Rumah Pangsa Peringkat 1 dan Perjiranan 8

Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pasir Gudang 2010

Pada hari Ahad 20 Jun 2010, Pergerakan Puteri UMNO Cawangan RPP1 telah menghantar 3 orang perwakilanya iaitu Sdri Nooraidah - Ketua Puteri cawangan, Sdri Eliza - Naib Ketua Puteri dan Sdri Iza Lina - Pen. Bendahari Puteri cawangan ke Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Pasir Gudang yang diadakan di Dorset Hotel, Johor Bahru jam 9.00 pagi. Mesyuarat Perwakilan ini dirasmikan oleh Pn. Nor Azila binti Abd Rahman - Penolong Setiausaha Puteri UMNO Malaysia. Turut hadir ialah Ketua Puteri UMNO Pasir Gudang YM. Raja Norasyikin dan wakil - wakil penyelaras bahagian. Mesyuarat Perwakilan Puteri ditangguhkan jam 11.30 pagi.

Para perwakilan Puteri UMNO dari cawangan - cawangan
dalam Pasir Gudang

Penyampaian cenderahati kepada Pn. Nor Azilah Abd Rahman
oleh YM Raja Norasyikin

Barisan kepimpinan Puteri UMNO Bahagian Pasir Gudang

Para perwakilan puteri cawangan bersalam - salaman
setelah tamat persidangan

Pada sebelah petang pula, Pergerakan Pemuda UMNO cawangan RPP1 telah menghantar 3 orang perwakilanya iaitu Sdra Khairul Fahmi - Pengerusi Tetap Pemuda Cawangan mewakili En. Khalimi - Ketua Pemuda Cawangan yang juga AJK Pemuda Bahagian, Sdra Norhazli - Pen. Setiausaha Pemuda Cawangan dan Sdra Norhisyam - Ahli Pemuda Cawangan ke Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Pasir Gudang yang diadakan di T.S Hotel Tmn Scientex, Pasir Gudang jam 2.00 petang. Mesyuarat Perwakilan ini dirasmikan oleh Y.B Dato' Razali bin Hj Ibrahim naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Turut hadir ialah Tn. Hj. Ahmad bin Daud - Naib Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang yang mewakili Y.B Dato' Seri Khaled Nordin Ketua UMNO Pasir Gudang dan Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang Sdra Rohazam Shah, wakil - wakil penyelaras bahagian dan penyelaras dari Pemuda UMNO Bahagian Tanjung Piai sebagai wakil dari Pemuda UMNO Johor. Turut diadakan ialah perasmian Koperasi Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang oleh Y.B Dato' Razali. Mesyuarat Perwakilan Pemuda ditangguhkan jam 7.10 petang.

Ucapan perasmian oleh Y.B Dato' Razali Ibrahim
Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Perasmian Koperasi Pemuda Pasir Gudang

Penyampaian sumbangan untuk pelajar

Barisan kepimpinan Pemuda UMNO Pasir Gudang

Para perwakilan pemuda UMNO dari cawangan - cawangan
dalam bahagian Pasir Gudang

Tuesday, June 15, 2010

Program Sumbangan "Mesra Rakyat" KEMAS Parlimen Pasir Gudang

Pada Jumaat 11 Jun 2010, KEMAS Parlimen Pasir Gudang dengan kerjasama Tadika KEMAS MMHE dan UMNO caw. RPP1 telah mengadakan program penghantaran rumah - kerumah sumbangan diatas yang diadakan disekitar kawasan Rumah Pangsa Peringkat 1, Perumahan Bakti dan Perjiranan 10. Seramai 14 orang yang terdiri dari KEMAS, Wanita UMNO Parlimen Pasir Gudang dan wakil UMNO caw. RPP1 mengikuti rombongan penghantaran sumbangan kepada Ibu tunggal, keluarga kurang mampu dan OKU berupa beras, gula, minyak, tepung dan barang - barang keperluan dapur yang lain.

Hadir bersama bagi menyampaikan sumbangan ialah Tn. Hj. Sehabudin bin Ali, Setiausaha UMNO Bahagian Pasir Gudang. Para rombongan berkumpul di Tadika KEMAS MMHE dan bergerak ke Pusat Komuniti RPP1 sebelum memulakan penghantaran. Program ini bermula jam 3.00 petang dan berakhir jam 5.30 petang.


Semasa di Tadika KEMAS MMHE bersama Tn. Hj. Sehabudin

Rombongan penghantaran sumbangan sedang bergerak
dari rumah ke rumah penerima sumbangan

Antara penerima sumbangan dari KEMAS

Penyerahan sumbangan keperluan dapur oleh Tn. Hj. Sehabudin
Setiausaha UMNO Pasir Gudang

Penyampaian cenderahati oleh wakil dari KEMAS kepada
Tn. Hj. Sehabudin diiringi oleh En. Sabran Ketua UMNO Caw. RPP1

Saturday, June 5, 2010

Program Semarak Pengisytiharan Majlis Perbandaran Pasir Gudang

Tarikh
25 Jun hingga 4 Julai 2010
Tempat

Sekitar Kawasan Pasir Gudang

Penyertaan

Semua penduduk Kawasan Pasir Gudang

( Mengikut kategori ditetapkan)
Keterangan lanjut

Tentatif Program Semarak Pengisytiharan MPPG

Lawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang Ke Rumah Pangsa Peringkat 1

, PPada hari Khamis 3 Jun 2010, YDP Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Tn. Hj. A. Rahim bin Nin mengadakan lawatanya ke kawasan Zon Taman Air Biru 2 bagi meninjau kawasan - kawasan perumahan dalam Zon Taman Air Biru 2. YDP MPPG tiba di Pusat Komuniti RPP1 pada jam 4.30 petang disambut oleh En. Sabapathy Ahli Majlis Zon TAB 2, En. Sabran Awang Pengerusi JKP Zon TAB 2 yang juga Ketua UMNO Caw. RPP1. Turut hadir ialah En. Zainal Setiausaha MPPG dan beberapa Pegawai Kanan MPPG.

Antara isu yang terdapat dalam zon TAB 2 yang dikemukan kepada YDP berkenaan masalah perparitan serta longkang yang pecah dan tersumbat, masalah blok terbiar di Blok 21, masalah kontraktor pembersihan dan sebagainya. YDP juga telah melawat kawasan tapak bagi cadangan pembinaan dewan terbuka untuk masyarakat serta padang futsal Rumah Pangsa Peringkat 1. Antara kawasan lain yang dilawati oleh YDP ialah di Perumahan Perjiranan 10 dan Perumahan 69. Lawatan ini berakhir jam 6.15 petang.

Di ucapkan terima kasih kepada Yang Dipertua MPPG Tn Hj. A. Rahim bin Nin kerana sudi melawat ke kawasan kami.

Ketibaan Tn. Hj. A. Rahim bin Nin, YDP MPPG disambut oleh
En. Sabapathy
Ahli Majlis MPPG Zon TAB 2

YDP MPPG sedang memerhati carta organisasi di Bilik Komuniti RPP1

YDP bersama En. Sabran, En. Sabapathy dan Pegawai - Pegawai lain
sedang berbincang dan melihat keadaan


Ketika sedang meninjau padang futsal Rumah pangsa Peringkat 1

Ketika di kawasan Perumahan 69

Meninjau keadaan isu pembersihan oleh pihak kontrator

YDP MPPG sempat beramah mesra dengan penduduk

Friday, June 4, 2010

BERDOALAH KITA UNTUK KEBEBASAN PALESTIN DAN KEHANCURAN ISRAEL