BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Tuesday, August 31, 2010

Program Terjah Sahur Belia 4B Parlimen Pasir Gudang

Photobucket

Pada awal pagi Ahad 29 Ogos 2010, Kawasan UMNO Cawangan RPP1 menerima kunjungan dan bersama - sama menjayakan program diatas anjuran Persatuan Belia 4B Kawasan Parlimen Pasir Gudang. Seramai hampir 25 orang ahli persatuan diketuai oleh En. Amran bin Arsat - Pengerusi Belia 4B Pasir Gudang hadir ke cawangan RPP1. Turut hadir dalam program ini ialah Tn. Hj. A. Rahim bin Latiff - Pengerusi Kawasan Peti Undi SKPG3 merangkap Bendahari UMNO Bahagian Pasir Gudang dan En. Roslan - Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Program ini bermula dengan ucapan dari VIP seterusnya bergerak ke rumah yang dipilih untuk bersahur bersama - sama mereka. Selain itu juga Belia 4B menyampaikan sumbangan bahan keperluan dapur kepada keluarga yang telah dilawati. Diakhir program diadakan jamuan bersahur bersama - sama di Pusat Komuniti RPP1 antara Belia 4B dengan Jawatankuasa UMNO Cawangan RPP1. Program berakhir jam 4.00 pagi.

Photobucket
Antara Ahli Belia 4B yang hadir

Photobucket
Tn. Hj. Rahim bersama En. Amran bin Arsat

Photobucket
Ahli Belia 4B sedang bergerak ke rumah - rumah

Photobucket
Bersahur bersama keluarga yang diziarahi

Photobucket
Salah satu rumah yang diziarahi

Monday, August 30, 2010

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 53 Dari UMNO Cawangan RPP1

Photobucket

PERHIMPUNAN HARI KEMERDEKAAN KE 53
PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU

Tarikh
31 Ogos 2010 (Selasa)
Tempat
Stadium Perbandaran Pasir Gudang
Masa
7.00 pagi

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan sambutan ini

Majlis Berbuka Puasa & Jalinan Ramadhan Bersama UDA Holdings

Pada Hari Jumaat 27 Ogos 2010, Biro Kebajikan UMNO Pasir Gudang bersama dengan UDA Angsana Sdn. Bhd. mengadakan program diatas yang diadakan di pekarangan Masjid Al-Ittihad, Perjiranan 9, Tmn Air Biru. Seramai lebih 50 orang yang terdiri dari ibu tunggal, anak yatim dan OKU dari cawangan - cawangan UMNO dalam Taman Air Biru dan Taman Mawar telah menerima sumbangan dari UDA Holdings.

Sumbangan ini disampaikan YB Dato' Seri Hj Mohamed Khaled bin Hj Nordin - Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang. Diantaranya seramai 13 orang dari UMNO Cawangan RPP1 dipilih untuk menerima sumbangan tersebut. Selain itu penyampaian sumbangan kewangan kepada 22 masjid dalam Parlimen Pasir Gudang untuk kegiatanya di bulan Ramadhan.

Photobucket
Antara tetamu dan penerima sumbangan yang hadir
pada majlis ini

Photobucket
Ucapan dari YB Dato' Seri Hj. Mohamed Khaled
Ketua UMNO Pasir Gudang merangkap Ahli Parlimen
Pasir Gudang

Photobucket
Penyampaian sumbangan oleh YB Dato' Seri kepada
penerima sumbangan

Photobucket
En. Sabran - Ketua UMNO Caw RPP1 mewakili Masjid
Tmn Air Biru menerima sumbangan

Photobucket
Para tetamu mengambil juadah ketika jamuan
berbuka bermula

Saturday, August 28, 2010

Persediaan Untuk Pertandingan Landskap Jalur Gemilang Di Taman Komuniti

Pada malam Rabu 26 Ogos 2010, Beberapa AJK UMNO Cawangan dan KRT RPP1 bersama - sama menghias jalur gemilang di Taman Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1 bagi persediaan mengikuti Pertandingan Landskap Menghias Jalur Gemilang Peringkat MPPG anjuran Jabatan Landskap MPPG.

Photobucket
En. Sabran dan penduduk sedang berehat sebentar

Photobucket
Antara pondok (Pakola) yang dihias dengan Jalur Gemilang

Photobucket
Ketika sedang menghias bendera

Photobucket
Semasa menghias pintu masuk taman

Photobucket
Antara penduduk yang membantu menghiasi
taman permainan

Sunday, August 15, 2010

Penyertaan Wanita UMNO Cawangan RPP1 Dalam Aktiviti

1. Menghadiri Majlis Israk Mikraj UMNO Pasir Gudang
di Masjid Tmn Air Biru pada 11 Julai 2010

2. Mengikuti Gotong Royong Anjuran COMBI
di sekitar Rumah Pangsa Peringkat 1 pada 25 Julai 2010

3. Mengikuti Gotong Royong Anjuran JK Masjid dan UMNO Caw.
di Masjid Taman Air Biru pada 18 Julai 2010

4. Mengikuti Majlis Tahlil Beramai - Ramai
di Surau Perjiranan 8 pada 29 Julai 2010

5. Bengkel Penyediaan Bubur Lambuk
di Pusat Komuniti RPP1 pada 1 Ogos 2010

6. Mengikuti Majlis Tadarus Al Quran
di Masjid Taman Cendana padea 15 Ogos 2010

7. Mengedarkan Bubur Lambok Kepada Orang Ramai
di Pusat Komuniti RPP1 pada 15,22 dan 29 Ogos 2010

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Berpuasa & Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak 1431 Hijrah/ 2010 Masihi

Pertandingan Bowling Remaja Rumah Pangsa Peringkat 1


Pada Sabtu 7 Ogos 2010, Echo Rovers Crew bersama Pemuda UMNO Cawangan RPP1 mengadakan pertandingan diatas yang diadakan di Pusat Bowling Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Seramai 10 orang peserta terdiri dari remaja dan belia mengikuti pertandingan ini. Turut hadir bersama - sama menyertai pertandingan ialah En. Khairul Fahmi - Pengerusi Tetap Pemuda merangkap Setiausaha Cawangan RPP1.

Hadir juga ialah Pn. Eliza Moktar - Naib Ketua Puteri Cawangan. Pertandingan ini dijalankan sebanyak 2 pusingan bermula dari jam 8.30 malam hingga jam 10.30 malam. Hadiah pula terdiri dari Johan hingga tempat ke 5 serta hadiah khas "Raja Strike" dan "Raja Longkang". Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh En. Norhazli Mohamed - Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan RPP1 bagi mewakili Ketua Pemuda Cawangan RPP1.

Peserta masing - masing menunggu giliran
untuk lemparan bowling

Aksi lemparan salah seorang peserta

Pilih bola yang terbaik En. Norhazli juga turut menyertai

Penyampaian hadiah oleh En. Norhazli - Penolong
Setiausaha Pemuda Cawangan

Monday, August 2, 2010

Program Juara Rakyat - Bengkel Penyediaan Dan Edaran Bubur Lambuk

Sebahagian peserta bengkel bubur lambuk

Pada 1 Ogos 2010, Jawatankuasa Peti Undi Sek. Keb. Pasir Gudang 3 dengan kerjasama UMNO Cawangan dan KRT Rumah Pangsa Peringkat 1 telah mengadakan program diatas sempena untuk menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak. Seramai lebih 30 orang peserta hadir membantu sambil mempelajari teknik cara memasak bubur lambuk. Hadir bersama ialah Tn. Hj. A. Rahim bin Latiff - Pengerusi Peti Undi SKPG 3 merangkap Bendahari UMNO Pasir Gudang dan Tn. Hj. Baharudin bin Latif - Pegawai Khas YB Dato' Seri Khaled Nordin yang juga AJK UMNO Pasir Gudang.

Program bermula jam 9.00 pagi dimulakan dengan taklimat penerangan bagi penyediaan bubur lambuk oleh Pn. Asimah Jusoh - Ketua Wanita Cawangan diikuti dengan amali dimana semua peserta bersama - sama bergotong royong memasak dan menyiapkan bubur lambuk tersebut. Pada jam 3.00 petang para peserta mula mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai terutama pengundi - pengundi dari SKPG3 di sekitar kawasan Rumah Pangsa Peringkat 1. Program ini berakhir jam 5.00 petang.

Pn. Asimah (Memakai apron) sedang memberi tunjuk ajar
kepada peserta

Tn. Hj. Rahim juga turut bersama bergotong royong
menyiapkan bubur lambuk

Ketika sedang membungkus bubur lambuk yang telah
siap dimasak untuk edaran kepada orang ramai

En. Sabran - Ketua Cawangan RPP1 bersama
dengan Tn. Hj. A. Rahim dan Tn. Hj. Baharudin

Selain edaran ke rumah, peserta juga mengedarkan
bubur lambuk kepada penguna jalanraya