BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Monday, September 27, 2010

Majlis Meraikan Bakal Haji & Sambutan Aidilfitri Cawangan RPP1

Pada Sabtu 25 September 2010, UMNO Cawangan RPP1 bersama dengan Jawatankuasa Peti Undi SKPG3 dan KRT RPP1 telah mengadakan program diatas yang didakan di pekarangan Blok 15, SEDC Flat. Seramai lebih 100 orang terdiri dari jemputan dari AJK UMNO Bahagain Pasir Gudang serta Ketua - Ketua cawangan yang lain dan penduduk hadir dalam majlis ini.

Turut hadir ialah En. Sehabudin bin Ali - Setiausaha UMNO Bahagian Pasir Gudang dan Tn. Hj. Rahim bin A. Latiff - Pengerusi JK Peti Undi SKPG3 merangkap Bendahari UMNO bahagian Pasir Gudang. Dalam majlis ini diadakan bacaan doa selamat bagi bakal - bakal haji serta sedikit ucapan dari mereka. Majlis bermula jam 8.45 malam dan berakhir jam 11.00 malam

Photobucket
Tetamu khas dari UMNO Bahagian Pasir Gudang

Photobucket
Tetamu wanita juga hadir dalam majlis ini

Photobucket
En. Sabran - Ketua UMNO Cawangan RPP1
sedang memberikan ucapanya bagi pihak
bakal - bakal haji

Photobucket
Ketika sedang mengambil makanan

Photobucket
Para penduduk sedang menjamu selera

Thursday, September 23, 2010

Majlis Meraikan Bakal Haji & Sambutan Aildilfitri Cawangan RPP1

Tarikh
25 September 2010 (Sabtu)
Tempat
Hadapan Blok 17, SEDC Flat Pasir Gudang
Masa
8.30 mlm hingga 11.00 mlm

Friday, September 17, 2010

Tahniah Kepada Rumah Pangsa Peringkat 1

Taman Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1 telah mendapat anugerah Naib Johan Pertandingan Landskap dan Pencahayaan serta Naib Johan Pertandingan Kibar Jalur Gemilang peringkat MPPG sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke 53. Terima kasih kepada mereka yang membantu dan menyumbang dalam menghiasi Taman Komuniti ini.

Photobucket
Plaq pertandingan hias jalur gemilang & landskap

Photobucket
Sijil penyertaan pertandingan

Tuesday, September 7, 2010

Gotong Royong Penyediaan dan Edaran Bubur Lambuk Sempena Bulan Puasa

Jawatankuasa Peti Undi SKPG3 bersama dengan UMNO Cawangan RPP1 dan Wanita UMNO Cawangan RPP1 telah mengadakan program diatas pada hujung minggu sepanjang bulan puasa iaitu pada 15, 22, 29 Ogos dan 5 Septermber 2010. Ia merupakan kesinambungan dari Program Bengkel Demonstrasi Bubur Lambauk yang diadakan pada awal bulan Ogos yang lepas.

Gotong Royong bermula pada jam 9.00 pagi di hadapan Blok 13 SEDC Flat ( Rumah Ketua Wanita Cawangan ) dan disebelah petang pula mengedarkan bubur lambuk kepada penduduk dalam cawangan RPP1 dan Perjiranan 8. Turut hadir meninjau ialah Tn. Hj. Rahim bin Latiff - Pengerusi Peti Undi SKPG3 merangkap Bendahari UMNO Pasir Gudang.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket