BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Monday, September 27, 2010

Majlis Meraikan Bakal Haji & Sambutan Aidilfitri Cawangan RPP1

Pada Sabtu 25 September 2010, UMNO Cawangan RPP1 bersama dengan Jawatankuasa Peti Undi SKPG3 dan KRT RPP1 telah mengadakan program diatas yang didakan di pekarangan Blok 15, SEDC Flat. Seramai lebih 100 orang terdiri dari jemputan dari AJK UMNO Bahagain Pasir Gudang serta Ketua - Ketua cawangan yang lain dan penduduk hadir dalam majlis ini.

Turut hadir ialah En. Sehabudin bin Ali - Setiausaha UMNO Bahagian Pasir Gudang dan Tn. Hj. Rahim bin A. Latiff - Pengerusi JK Peti Undi SKPG3 merangkap Bendahari UMNO bahagian Pasir Gudang. Dalam majlis ini diadakan bacaan doa selamat bagi bakal - bakal haji serta sedikit ucapan dari mereka. Majlis bermula jam 8.45 malam dan berakhir jam 11.00 malam

Photobucket
Tetamu khas dari UMNO Bahagian Pasir Gudang

Photobucket
Tetamu wanita juga hadir dalam majlis ini

Photobucket
En. Sabran - Ketua UMNO Cawangan RPP1
sedang memberikan ucapanya bagi pihak
bakal - bakal haji

Photobucket
Ketika sedang mengambil makanan

Photobucket
Para penduduk sedang menjamu selera

0 ulasan: