BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Sunday, May 22, 2011

Majlis Bacaan Yassin Wanita Serta Taklimat Hal Ehwal Pengguna dan JASA

Pada Sabtu 21 Mei 2011, Jawatankuasa Jalinan Rakyat Peti Undi SKPG3 bersama dengan Pergerakan Wanita UMNO Cawangan RPP1 telah mengadakan majlis ilmu diatas yang diadakan di Dewan Masyarakat Zon Air Biru 2. Seramai lebih 60 orang terdiri dari wanita UMNO serta penduduk di kawasan Rumah Pangsa Peringkat 1, MSE Flat dan Perjiranan 8.

Turut hadir ialah Pn. Hjh Normala bte Abd Samad - Ketua Wanita UMNO Bhg Pasir Gudang dan wakil dari Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal ehwal Pengguna serta Tn. Hj. Sabran bin Awang, Ketua UMNO cawangan RPP1. Selain majlis baaan yassin diadakan taklimat oleh wakil KPDNHEP bagi memberi sedikit maklumat berkenaan isu semasa kepenggunaan dan juga taklimat oleh Ketua wanita UMNO Bhg Pasir Gudang. Majlis bermula pada jam 8.00 malam dan berakhir jam 10.30 malam.

Photobucket

Photobucket
Majlis bacaan Surah Yassin

Photobucket
Taklimat Kepenggunaan oleh wakil dari
Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP

Photobucket
Taklimat dari Ketua Wanita UMNO
Bahagian Pasir Gudang

Photobucket
Sebahagian wanita sedang mendengar taklimat

0 ulasan: