BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Monday, January 30, 2012

Pengagihan Baucer BR1M Cawangan RPP1 Fasa 1 dan 2.

Pada Khamis 26 Januari 2012, UMNO cawangan RPP1 bersama dengan sayap - sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Cawangan bersama - sama membuat efaran baucer RM 500 kepada mereka yang layak menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bagi fasa 1 dan 2. Turut hadir ialah Tuan Haji Sabran Awang, Ketua Cawangan UMNO RPP1. Dengan cara ini kita dapat mendekati masyarakat serta mengambil peduli kebajikan mereka selaras dengan idea dan galakan YB Dato' Seri Ahli Parlimen Pasir Gudang yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

0 ulasan: