Pada Ahad 15 Januari 2012, JKP Zon Air Biru 2 dengan kerjasama KRT dan UMNO RPP1 telah mengadakan program diatas yang diadakan di pekarangan blok 16/17 SEDC Flat yang merupakan zon pertama dalam MPPG yang menjalankan program ini bagi tahun 2012. Seramai lebih 200 orang hadir dalam program ini. Program ini dirasmikan oleh Tuan Haji Onn bin Jabbar@Jaafar, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG). Turut hadir ialah Tuan Haji Abd Rahman selaku Ketua WHIP, En. R. Sabapathy selaku Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2 dan ahli - ahli majlis MPPG yang lain. Turut diadakan ialah penyampaian sumbangan kepada pelajar sekolah yang kurang mampu hasil sumbangan dari Titan Chemicals Pasir Gudang.
Banyak program dan pengisian telah dijalankan iaitu program senamrobik, pertandingan mewarna untuk tadika, rekacipta untuk keluarga, sukaneka terbuka dan cabutan bertuah diakhir program. Dalam masa program itu juga YDP MPPG telah merasmikan Balai Komuniti Zon Air Biru 2. Sebuah bangunan yang akan menjadi pusat kegiatan masyarakat seperti kelas memasak, taklimat, majlis keraian dan sebagainya hasil dari peruntuk hadiah projek zon paling aktif tahun 2009 yang lalu. Program ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 2.00 petang.

Aktiviti senamrobik bersama penduduk

Ketibaan YDP bersama Ketua WHIP
disambut oleh En. R. Sabapathy

Antara penduduk yang hadir

Penyampaian sumbangan sekolah
dari Titan Chemicals Pasir Gudang

Pertandingan mewarna & rekacipta

Salah satu acara sukaneka

Pemenang utama cabutan bertuah

YDP menandatangani plaque tanda perasmian
Balai Komuniti Zon Air Biru 2
0 ulasan:
Post a Comment