BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Tuesday, April 24, 2012

Persidangan Cawangan & Sayap - Sayap UMNO Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 2012

Pada 21 April 2012, UMNO Cawangan RPP1 telah berjaya menyempurnakan persidangan bagi tahun 2012 termasuk sayap Wanita, Pemuda dan Puteri cawangan yang dijalankan serentak. Persidangan ini dirasmikan oleh Tuan Haji Rahim bin Latiff, Bendahari UMNO Bahagian Pasir Gudang. Turut hadir sebagai Pegawai Penyelaras ialah Tuan Haji Ishak bin Yusof, AJK UMNO Bahagian Pasir Gudang.

UMNO Cawangan RPP1 merupakan cawangan sulong dalam Parlimen Pasir Gudang yang menjalankan persidangannya bagi tahun 2012 dan juga pertama kali dijalankan dalam Balai Komuniti Zon Air Biru 2 yang siap dibina pada Mei 2011. Antara agenda yang dijalankan seperti biasa pembentangan penyata, pemilihan bagi perwakilan cawangan ke Persidangan Bahagian, membahas usul dan sebagainya. Diakhir persidangan diadakan cabutan no bertuah bagi lebih memeriahkan lagi persidangan ini. Persidangan ini bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 10.15 malam.


Photobucket 
 Persidangan Sayap Pemuda dan Puteri berjalan serentak
 
Photobucket 
Ketika sedang menyanyi lagu UMNO Malaysia 
 
  Photobucket 
 Persidangan cawangan

  Photobucket 
Antara kehadiran ahli UMNO RPP1 dalam 
persidangan kali ini

Photobucket 
Antara pemerhati persidangan

0 ulasan: