Pada Sabtu 7 April 2012, KRT RPP1 telah mengadakan program diatas yang diadakan di Pekarangan Taman Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1. Program ini dirasmikan oleh En. Khairil bin Malik, Setiausaha Politik kepada YB Dato' Seri bagi mewakili YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang. Turut hadir ialah YB Datuk M. Munusamy ADUN Permas, En. Roslan Hassan wakil Pegawai Perpaduan Daerah JB dan wakil dari PDRM IPD Seri Alam.
Turut diadakan pengisian ialah majlis sambutan Maulidur Rasul oleh Pergerakan Wanita UMNO Cawangan RPP1 dan Pertandingan Night Xplore Race anjuran Echo Rovers Crew bersama Pergerakan Pemuda dan Puteri Cawangan. Seramai lebih 150 orang terdiri dari kanak - kanak dan remaja berumur 7 hingga 18 tahun menyertai pertandingan ini. Diakhir perasmian para VIP dengan SRS KRT RPP1, polis dan masyarakat setempat bersama - sama mengadakan rondaan disekitar kawasan Rumah Pangsa Peringkat 1. Program ditamatkan pada jam 1.00 pagi.

Para VIP termasuk Tuan Haji Sabran Awang
Cawangan RPP1

Ucapan perasmian oleh En. Khairil Malik
wakil rasmi YB Ahli Parlimen Pasir Gudang

Pergerakan wanita juga turut bersama dalam
rondaan ini

Peserta Night Xplore Race sedang mendaftarkan
diri bagi menyertainya

Antara gelagat peserta Xplora Race

Persatuan Seni Silabam Johor bersedia untuk
acara persembahanya

Penyampaian hadiah untuk pertandingan Night Xplore
Race oleh En. Khairi Malik

En. Khairi bersama dengan YB ADUN Permas
dan En. R. Sabapathy bersama - sama
masyarakat meronda persekitaran
0 ulasan:
Post a Comment