Pada Jumaat 26 Oktober 2012, bertepatan dengan perayaan Hari Raya Korban, UMNO Cawangan RPP1 bersama dengan KRT RPP1 dan Persatuan Penduduk Blok LPJ telah mengadakan program diatas yang diadakan di Pusat Kegiatan Penduduk Flat LPJ. Sebanyak 3 ekor lembu telah berjaya dikorbankan sumbangan dari Parlimen Pasir Gudang dan masyarakat setempat.
Hadir bersama ialah Tuan Haji Sabran - Ketua Cawangan UMNO RPP1, En. Khairul Fahmi - Setiausaha UMNO Cawangan dan Tuan Haji Menjali - Pengerusi Penduduk Blok LPJ. Turut hadir meninjau ialah Tuan Haji Rahim Latiff - Bendahari UMNO Bhg PG merangkap Pengerusi PDM Tmn Air Biru dan Tuan Haji Rozlan - Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Bahagian Pasir Gudang.
0 ulasan:
Post a Comment