BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Tuesday, February 26, 2013

Penyampaian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) Fasa 1 Kelompok 2

Pada 24 Febuari 2012, UMNO Cawangan RPP1 telah mengadakan hari penyampaian BR1M untuk fasa 1 kelompok 2 bagi tahun 2013 yang diadakan di Balai Komuniti Zon Air Biru 2. Seramai lebih 150 orang penerima bantuan BR1M RM500 dan BR1M Bujang RM250 untuk sekitar kawasan RPP1, LPJ Flat serta Perumahan Bakti 1 dan 2 hadir bagi mendapatkan baucer bantuan tersebut. Penyampaian ini merupakan kesinambungan dari hari pemberian BR1M fasa 1 kelompok 1 yang diadakan di Dewan Serbaguna Perjiranan 9 pada Januari 2013 yang lepas. Penyampaian ini bermula jam 9.00 malam dan berakhir jam 10.00 malam. Walaupun begitu kaunter penyerahan terus dibuka untuk mereka yang lewat hadir sehingga jam 12.00 tghmlm.

Photobucket
Para penerima sedang menunggu giliran pendaftaran
dan penyampaian BR1M

Photobucket
Pendaftaran dan penyerahan baucer kepada 
penerima

Photobucket
Ketua Urusetia BR1M sedang menyemak nama
penerima baucer

Photobucket
Wanita UMNO Cawangan yang menjayakan
pendaftaran dan penyerahan BR1M

Photobucket
Penerima BR1M bujang turut menerima baucer RM250
sedang mendaftar dan menerima baucer masing-masing

0 ulasan: