BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Friday, February 8, 2013

Taklimat Jentera Pilihanraya PDM Taman Air Biru & Pelabuhan Pasir Gudang

Pada 6 Febuari 2013, UMNO Cawangan RPP1 menjadi tuan rumah bagi program diatas yang diadakan Balai Komuniti Zon Air Biru 2. Seramai lebih 60 orang ahli jawatankuasa jentera terdiri dari UMNO Cawangan RPP1, Perjiranan 9, Perjiranan 10 dan MSE Flat hadir ke taklimat ini. Turut hadir ialah Tn. Hj. A. Rahim bin Latiff, Ketua PDM Taman Air Biru merangkap Bendahari UMNO Bahagian Pasir Gudang, En. Ali bin Jaudin, Ketua PDM Pelabuhan P.G merangkap AJK UMNO Bahagian dan En. R. Sabapathy, Tim. Pengarah Jentera BN Parlimen P.G merangkap Pengerusi MIC Bahagian P.G. 

Antara taklimat dijalankan ialah memberi tugasan kepada portfolio terutama kepada portfolio Jalinan Wanita, Gerak Mesra Wanita, Handbill dan Kenderaan semasa pilihanraya yang akan datang ini. taklimat ini bermula jam 9.00 malam dan berakhir jam 11.30 malam.

Photobucket
Para hadirin sedang menyanyikan lagu Negaraku dan BN

Photobucket
Antara pegawai yang hadir pada taklimat ini

Photobucket
Para hadirin khusyuk mendengar taklimat berhubung tugasan 
masing - masing

Photobucket
Tuan Haji Rahim Latiff - Ketua PDM Tmn Air Biru sedang
menyampaikan taklimatnya

0 ulasan: