Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia
Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.
Pada 21 Febuari juga beberapa ahli UMNO Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 memenuhi jemputan ke Majlis Rumah Terbuka Gong Xi Fa Cai anjuran MCA Bahagian Pasir Gudang yang diadakan di Dewan Raya MBJBT Johor Jaya. Turut hadir dalam majlis ini ialah YB. Datuk Seri Hj. Mohamed Khaled bin Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Hadir bersama juga YB. En. M. Munusamy, ADUN Permas serta beberapa pemimpin MCA, MIC dan UMNO. Selain rumah terbuka diserikan juga dengan tarian kebudayaan berbagai kaum bertemakan 1 Malaysia.
Pentas Majlis Tahun Baru Cina MCA Pasir Gudang
Ketibaan YB. Dato Seri Khaled bin Nordin, Ahli Parlimen P. Gudang bersama YB. Tan Cher Puk, ADUN Johor Jaya merangkap Ketua MCA Pasir Gudang
Ahli UMNO En. Sabran Ketua Caw. RPP1, En. Hamdan Ketua Penerangan Caw. TAB, En. Tompang AJK Caw. RPP1 dan En. Musa Tim. Ketua Caw. RPP1
Suasana meriah Rumah Terbuka di Dewan Raya Johor Jaya
Pada Ahad 21 Febuari 2010, JKP Zon Taman Air Biru 2 dengan kerjasama COMBI Zon Tmn Air Biru 2 telah mengadakan program diatas bagi membersihkan kawasan sekitar Masjid Taman Air Biru dan Tadika KEMAS Rumah Pangsa Peringkat 1. Seramai 30 orang dari COMBI Zon Tmn Air Biru 2, Pengakap Komuniti, UMNO dan KRT Rumah Pangsa Peringkat 1 hadir bersama - sama bergotong royong membersihkan persekitaran Masjid dan Tadika KEMAS. Turut hadir wakil dari Jabatan Kesihatan MPPG, En. Ariffin bagi bersama - sama menjayakan program ini. Selain gotong - royong, para peserta juga menghapuskan serta memastikan tiada lagi tempat - tempat pembiakan nyamuk aides dikawasan berkenaan. Gotong Royong ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi.
Sedang membersihkan sampah dan takungan air
Gotong Royong di pekarangan Masjid
Gotong Royong di pekarangan Tadika KEMAS
Pengakap Komuniti juga tidak ketinggalan membersihkan persekitaran masjid dan tadika
Antara peserta gotong royong sedang berehat sebentar
Apabila berbicara perihal psikologi bangsa Melayu, kita harus membicarakan dua perkara pokok, iaitu identiti asal orang Melayu serta faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukannya, dan faktor-faktor yang telah mengubah atau yang akan mengubah perwatakan bangsa Melayu. Perbincangan ini cuba mengupas pandangan beberapa cendekiawan Melayu berkenaan permasalahan dan cabaran orang Melayu dalam pembentukan personaliti ‘Melayu Kelas Pertama’.
Melayu tradisional adalah satu bangsa yang amat menekankan nilai-nilai sosial. Nilai-nilai ini dipupuk sejak di peringkat kanak-kanak bagi memastikan kelakuannya bersesuaian dengan kehendak masyarakat. Konsep ‘malu’, ‘harga diri’ dan ‘maruah’ mempunyai kepentingan sosial dan nilai-nilai ini dipertahankan habis-habisan.
Orang Melayu dahulu juga dikenali sebagai bangsa yang berbudi bahasa dan hormat menghormati, terutamanya terhadap orang yang lebih tua dan pemimpin mereka. Penekanan terhadap adab dan kesopanan dapat diperhatikan dalam kehidupan beraja. Dalam Sejarah Melayu, dinukilkan betapa pentingnya seorang Sultan atau anak Raja memiliki akhlak yang mulia.
Bakal Sultan dilatih dan dididik agar berketrampilan di mata masyarakat. Di samping meneruskan satu imej sejak turun-temurun, maruah juga dipertaruhkan. Persepsi masyarakat ketika itu, seorang Sultan yang baik adalah Sultan yang mempunyai adab di samping sifat kebijaksanaan.
Budaya dan identiti masyarakat Melayu ketika itu dipengaruhi oleh beberapa faktor, dan yang paling utama adalah kedatangan Islam ke alam Melayu. Kedatangan Islam ke Asia Tenggara pada kurun ke-14 telah membawa perubahan ketara dalam peradaban masyarakat Melayu. Menurut Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas, agama Islam sebenarnya telah mewujudkan identiti bangsa Melayu yang tersendiri.
Meneliti sejarah Kesultanan Melayu Melaka, kita akan mendapati permulaan satu bangsa Melayu yang bertamadun. Bermula dengan Islamnya pemimpin Melayu ketika itu, dan tindakan itu kemudiannya diikuti oleh sekalian rakyat jelata. Orang Melayu juga amat menyanjung dan menghormati golongan alim ulama dan tokoh agama. Guru-guru di zaman awal kemerdekaan dianggap sebagai profesion yang amat mulia dan disanjung tinggi.
Kehalusan budi orang Melayu yang disulam dengan keiklasan iman turut diabadikan di dalam perkataan ‘budiman’ yang mencantumkan makna budi dan iman. Budaya dan tradisi bangsa Melayu bukan sekadar disesuaikan dengan ajaran Islam, bahkan budaya itu sendiri dibina berasaskan nilai-nilai Islam. Tidak keterlaluan jika dikatakan sistem nilai orang Melayu hampir keseluruhannya dibentuk oleh Islam.
Pada Jumaat 12 Febuari 2010, UMNO Caw. RPP1 menjadi tuan rumah bagi mesyuarat diatas yang diadakan di pekarangan Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1. Seramai hampir 30 orang terdiri dari Pegawai serta Ahli Jawatankuasa UMNO Cawangan, Pemuda, Wanita dan Puteri dari 3 cawangan iaitu Rumah Pangsa Peringkat 1, MSE Flat dan Rumah Pangsa Air Biru. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tn. Hj. A. Rahim bin Latif, Bendahari UMNO Bhhg Pasir Gudang merangkap Pengerusi Penyelaras Peti Undi bagi Zon Tmn Air Biru. Turut hadir ialah En. Ali bin Jaudin, AJK UMNO Bahagian Pasir Gudang merangkap Timbalan Pengerusi Penyelaras. Tu7juan mesyuarat ini diadakan bagi merangka serta menubuhkan Jawatankuasa bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 akan datang. Selain itu juga merancang program - program seperti "Juara Rakyat" bagi mengalakan berbagai kaum mendaftar sebagai pengundi. Mesyuarat bermula jam 9.15 malam dan berakhir jam 11.00 malam.
Tn. Hj. A. Rahim sedang mempengerusikan mesyuarat hadir sama En. Ali, Tim. Pengerusi dan En. Sabran, Setiausaha
Pegawai dan AJK Cawangan dari 3 cawangan yang hadir
“Barangsiapa yang telah menanam jasa, satu saat kelak dia akan beroleh hasil dari jasanya itu. Kemuliaan akan menjadi pengiringnya ke mana pun dia pergi. Kalau orang yang sama hidup dengan dia melupakan, namun setelah matinya orang yang kemudian akan membongkar kemuliaan itu kembali dan menyatakannya ke muka khalayak. Orang yang berjasa tidak boleh gamang dan kecewa jika di masa hidupnya dilupakan orang. Orang tidak boleh menyesal jika tinggal di sebuah gubuk yang buruk. Tidak boleh kecewa jika makan minumnya dan pakaiannya tidak semewah orang lain. Sebab kelak buah tangannya akan menjadi modal kemajuan angkatan yang akan datang.”
Pada 22 hingga 24 Febuari 2010, cawangan RPP1 telah menghantar seramai 2 org iaitu En. Sabran, Ketua cawangan dan E.n. Fahmi, Setiusaha Cawangan bagi mengikuti program diatas anjuran Badan Perhubungan UMNO Johor yang diadakan di Kem batu 13 Ayer Hitam, Muar. Seramai lebih 100 orang peserta dari cawangan2 dalam Bahagian Pasir Gudang dimana mereka ini dipecahkan kepada 2 kumpulan iaitu kump. pertama ke Kem Batu 13 Ayer Hitam dan Kump. kedua ke La Bella Camp, Mersing. Peserta bertolak dari Ibu Pejabat UMNO Bahagian Pasir Gudang mengunakan bas sewa ke destinasi masing2 dan tiba jam 7 petang. Pada petang itu juga walaupun para peserta kursus sudah bersedia dengan taklimat kursus, dukacitanya mendapat makluman tentang kemangkatan DYMM Sultan Iskandar, Sultan bagi Yang Dipertua Kerajaan dan Takluk Johor. Oleh itu kursus yang sepatutnya bermula pada malam tersebut terpaksa dibatalkan bagi memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Tuanku. Sebelum para peserta bertolak pulang, diadakan majlis tahlil dan bacaan doa untuk Almarhum Sultan Iskandar. Peserta bertolak pulang jam 11.00 mlm dan tiba di Ibu Pejabat UMNO Pasir Gudang jam 2.00 pagi.
Peserta Kursus sedang mendaftar di hadapan
Ibu Pejabat UMNO Pasir Gudang
Antara peserta kursus yang sedang menunggu sessi taklimat
Sultan Berjiwa Rakyat itulah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Yang di-Pertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Takzim, mangkat di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru. Baginda yang dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri Johor Bahru akibat gering. Baginda menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.13 malam tadi. Kami semua selaku rakyat setia Johor mengucapkan Sembah salam Takziak kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Zanariah binti Al-Marhum Tunku Ahmad dan semua kerabat Di Raja Johor, pembesar-pembesar Johor, pegawai-pegawai kerajaan Johor dan seluruh rakyat Johor yang lain. Sesungguhnya pemergian Baginda amat dirasai dan terasa satu kehilangan yang besar pada Negeri dan Jajahan Takluk Johor. Semoga roh Baginda ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan beriman
Pada Ahad 10 Januari 2010, JKP Zon Tmn Air Biru 2 dengan kerjasama COMBI Zon Tmn Air Biru 2, KRT RPP1 dan UMNO Cawangan RPP1 telah mengadakan program diatas bertempat di pekarangan Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1. Seramai hampir 100 orang penduduk hadir dalam kegiatan. Turut hadir ialah Cik Siti Aisyah, wakil Yang Dipertua MPPG dan En. Nazri dari Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru. Turut terlibat dalam program ini ialah Kelab Belia Kompang/Tarian RPP1 dan Pasukan Pengakap Laut Terbuka serta anggota bomba dari Balai Bomba Pasir Gudang yang sama - sama membantu membersihkan longkang. Selepas pelancaran, semua penduduk menjalankan gotong royongnya di blok masing - masing. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tghari. Kegiatan COMBI ini akan terus dilaksanakan dikawasan perumahan lain dalam kawasan Zon Taman Air Biru sepanjang tahun 2010 ini.
Pada hari Rabu 16 Disember 2009.UMNO Caw. RPP1 telah menghantar seramai 4 orang AJK nya ke program diatas yang diadakan di Dewan Raya Seri Alam Jln Gunung, Seri Alam. Taklimat ini disampaikan semdiri oleh Y.B Dato' Seri Hj. Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Turut hadir ialah Y.Bhg Datuk Hj. Ibrahim bin Ghaffar, Tim. Ketua UMNO Bahagian dan Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Bahagian. Dalam taklimat ini YB Dato Seri menekankan tentang perlunya persediaan sekarang untuk menghadapi Pilihanraya bagi kali ke 13. Perlu mewujudkan jentera pilihanraya bagi UMNO khasnya dan BN amnya bagi menghadapi pilihanraya tersebut. Selain itu juga YB. Dato Seri menerangkan sedikit sebanyak tentang pekara - pekara yang telah dipinda dalam perlembagaan UMNO semasa Perhimpunan Agung Khas UMNO yang lepas. Antaranya tentang pembayaran yuran tahunan keahlian dimasuhkan dan kuasa Ketua - Ketua Sayap bagi meluluskan permohonan keahlian baru UMNO. Majlis Taklimat ini bermula pada jam 9.30 mlm dan berakhir jam 11.00 mlm.