About Me
- UMNO Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1
- Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia
Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.
Wednesday, November 24, 2010
Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM/ STPM
Friday, November 19, 2010
Agihan Daging Lembu Korban Oleh Pemuda UMNO Cawangan RPP1 Sempena Hari Raya Aidiladha




En. Norhazli dan En. Fahmi sedang menyampaikan
sumbangan daging kepada antara penduduk
sekitar Rumah Pangsa Peringkat 1
Monday, November 15, 2010
Thursday, November 11, 2010
Sunday, October 31, 2010
Info Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi (P 185)
Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi diadakan berikutan berikutan kematian penyandangnya, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, 9 Oktober lalu.
Tarikh Penamaan Calon: 26 Oktober 2010
Tarikh Pilihan Raya: 4 November 2010
Fakta Berkaitan Parlimen Batu Sapi
- Mendiang menduduki kerusi itu sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenanginya tanpa sebarang saingan.
- Pada pilihan raya 2008, beliau mengekalkan kerusinya dengan mudah – menumpaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi.
- Sebanyak 45 saluran akan dibuka.
- 405 petugas telah dilantik bagi mengendalikan perjalanan pilihan raya.

Demografi Penduduk
Pilihan raya kecil itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama dan Suku Tahun Kedua 2010 yang telah dikemaskini sehingga 9 Oktober lalu.
- 25,582 pengundi berdaftar.
- 24,047 pengundi biasa.
- 1,535 pengundi pos.
Pecahan Mengikut Kaum
- Bumiputera Islam 60.1%
- Cina 37.2%
- Bumiputera Bukan Islam 2.3%
- Lain-lain 0.4%
Label Artikel, Pilihanraya
Info Pilihanraya Kecil DUN Galas (N45)
Pilihan Raya Kecil DUN Galas (N45) bakal diadakan berikutan kematian penyandangnya iaitu Allahyarham Chek Hashim bin Sulaima pada 27 September 2010.
Tarikh Penamaan Calon: 26 Oktober 2010
Tarikh Pilihan Raya: 4 November 2010
Fakta Berkaitan DUN Galas
- Sebanyak 11 sekolah, sebuah balai dan dewan akan digunakan sebagai tempat mengundi.
- 323 petugas telah dilantik oleh SPR bagi melicinkan perjalanan pilihan raya itu.
- RM1.3 juta diperuntukkan oleh SPR bagi menjalankan pilihan raya kecil ini.
- Galas terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang bersama DUN Nenggiri dan DUN Paloh.
- SPR menjangkakan lebih 81 peratus pengundi akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil itu.

Demografi Pengundi DUN Galas
Pilihan raya kecil DUN Galas akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama dan Suku Tahun Kedua 2010 yang telah dikemaskini sehingga 27 September lalu
- 11,553 pengundi berdaftar.
- 11,426 pengundi biasa.
- 127 pengundi pos.
Pecahan Mengikut Kaum
- Melayu 65.4%
- Cina 22.3%
- India 1.8%
- Lain-lain 10.5%
Label Artikel, Pilihanraya
Thursday, October 14, 2010
Selamat Menunaikan Ibadah Haji 1431 Hijrah/ 2010 Masihi
Sunday, October 10, 2010
Majlis Meraikan Bakal Haji JK Peti Undi SKPG3 & JKP Zon Air Biru 2
Seramai 8 orang bakal haji dari Zon Air Biru 2 dipilih bagi mengikuti ibadah haji pada tahun ini. Majlis dimulakan dengan ucapan dari bakal - bakal haji dan bacaan doa selamat agar mereka ini selamat pergi dan balik serta mendapat haji yang mabrur. Turut hadir ialah Tn. Hj. Rahim bin Latif - Bendahari UMNO Pasir Gudang merangkap Pengerusi JK Peti Undi SKPG3.

Antara penduduk yang hadir dalam majlis ini

En. Aziz sedang membaca doa selamat

En. Musa dan En. Aziz sedang berbual selepas
menjamu selera
Tuesday, October 5, 2010
Gotong Royong Perdana MPPG 2010
Bagi peringkat Zon Air Biru 2 diadakan taklimat gotong royong oleh En. Sabran bin Awang – Pengerusi JKP Zon Air Biru 2 yang juga Ketua caw. UMNO RPP1 bertempat di Perumahan Bakti 1. Seramai hampir 100 penduduk menjalankan gotong royongnya di kawasan masing – masing iaitu di Perumahan Bakti 1 dan 2, Rumah pangsa Peringkat 1 (termasuk KTMB Flat) dan perumahan Perjiranan 10. Turut hadir ialah En. Sabapathy a/l Ramasamy, Pengerusi Zon Air Biru 2 merangkap Ahli Majlis MPPG, En. Ariffin dari Jabatan Kesihatan MPPG dan En. Solaino dari Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru.

En. Sabran Awang - Pengerusi JKP merangkap
Ketua UMNO Caw. RPP1 sedang memberikan
taklimat

Sebahagian penduduk yang berkumpul di Perumahan
Bakti 1 sedang mengedarkan plastik sampah

Gotong royong pembersihan sedang dijalankan

Antara ahli DeVIT Zon Air Biru 2 yang hadir
dalam gotong royong ini

Turut hadir ialah En. Sabapathy - Ahli majlis MPPG
Zon Air Biru 2 dan En. Solaino - Pejabat Kesihatan
Johor Bahru
Label Aktiviti, Gotong Royong
Monday, September 27, 2010
Majlis Meraikan Bakal Haji & Sambutan Aidilfitri Cawangan RPP1

Tetamu khas dari UMNO Bahagian Pasir Gudang

Tetamu wanita juga hadir dalam majlis ini

En. Sabran - Ketua UMNO Cawangan RPP1
sedang memberikan ucapanya bagi pihak
bakal - bakal haji

Ketika sedang mengambil makanan

Para penduduk sedang menjamu selera
















