BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Tuesday, September 1, 2009

Mini Night Xplore Race Sempena Menyambut Ambang Merdeka

Pada Sabtu 30 Ogos 2009, Biro Kesenian dan Kebudayaan UMNO cawangan RPP1 dengan kerjasama Jiran Muda KRT RPP1 telah mengadakan Mini Night Xplorace bersempena dengan sambutan malam ambang kemerdekaan ke 52 bertempat di pekarangan Pusat Komuniti RPP1. Seramai 32 orang kanak - kanak dan remaja berumur antara 10 hingga 18 tahun menyertai xplorace ini. Perlumbaan ini dijalankan dalam lingkungan kawasan RPP1 dimana terdapat sebanyak 6 checkpoint yang perlu dilalui oleh para peserta xplorace. Kembara ini bermula dari jam 10.00 mlm hingga jam 11.30 mlm. Selepas itu para peserta dan penduduk RPP1 menyambut malam ambang kemerdekaan pada tepat jam 12.00 tghmlm dimana diserikan dengan bunga api, nyanyian lagu - lagu patriotik negara dan deklamasi sajak kemerdekaan oleh peserta Xplore race. Acara kemuncak ialah majlis penyampaian hadiah kepada pemenang xplorace dan hadiah2 lain kepada ahli Kelab kompang dan Poco-Poco yang disampaikan oleh En. Sabran bin Awang, Ketua UMNO cawangan RPP1. Majlis ini berakhir jam 12.30 tghmlm.

Taklimat sedang dijalankan oleh penganjur

Antara peserta Night Xplore Race

Peserta sedang menyelesaikan tugasan yang diberi

Antara checkpoint yang dilalui oleh peserta

Semasa sedang mendeklamasikan sajak kemerdekaan

0 ulasan: