BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Monday, September 7, 2009

Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadhan Kepada Fakir Miskin

Pada Jumaat 4 September 2009 satu Majlis Sumbangan Ramadhan dan Berbuka Puasa yang dijalankan di Masjid Al-Muhajirin, Masai. Majlis ini dihadiri oleh Dato’ Seri Hj Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ketua UMNO Pasir Gudang yang sudi menyampaikan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik di dalam bulan yang penuh keberkatan ini. Turut hadir ialah Dr. Abdul Rashid Tang Abdullah Naib Presiden Kanan Hadhari Cattle Industry Sdn Bhd dan Encik Zawahir Che Abdullah,Country Director daripada Islamic Relief Malaysia selaku pemberi sumbangan keperluan asas kepada fakir miskin dan anak-anak yatim. Hadir juga Timbalan Ketua Bahagian Dato’ Ibrahim Abdul Ghaffar. Sumbangan Ramadhan ini telah berjaya diagihkan kepada 100 orang anak yatim dan 250 orang fakir miskin termasuk 10 darinya ialah dari UMNO cawangan RPP1.

YB Dato Seri sedang menyampaikan sumbangan keperluan asas

0 ulasan: