Pada hari Ahad 27 September 2009 bertempat di Dewan Serbaguna Johor Jaya, Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang Merangkap Menteri Pengajian Tinggi Malayia, Dato Seri Hj Mohamed Khaled Bin Hj Nordin telah mengadakan majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidil Fitri. Majlis yang berkonsepkan 1 Malaysia ini telah dihadiri oleh berbilang bangsa dan kaum demi kemesraan, perpaduan serta sokongan yang erat dari kalangan kenalan dan rakan-rakan Dato Seri serta penduduk - penduduk dalam Bahagian Pasir Gudang khasnya. Turut hadir YB En. M.M Samy ADUN Permas, YB En. Tan Chek Puk, ADUN Johor Jaya dan Dato K.S Balakrishnan, Mantan ADUN Permas. Mereka begitu gembira kerana dapat bersalaman dengan pemimpin yang mereka sayangi demi kemajuan Bahagian Pasir Gudang. Majlis bermula jam 10.00 pagi dan diakhiri jam 4.00 petang.
Train Miner
4 weeks ago
0 ulasan:
Post a Comment