BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Tuesday, September 29, 2009

Jahat - jahat sungguh kamu ye.

Perangi mereka sehingga ke titisan darah yang terakhir, Pengkhianat Bangsa perlu , pembelot dan juga perogol maruah bangsa jangan diberikan seinci tanah Bagan Pinang untuk mereka bernafas, Itu Anwar Ibrahim, Ini PAS….. kata penyokong PAS. Apa bezanya Anwar Ibrahim atau PAS. Apa bezanya DAP PAS dan PKR. Apa bezanya Haji Hadi, Anwar Ibrahim, Nik Aziz mahupun Lim Kit Siang atau Karpal Singh. Semuanya gila kuasa dan sanggup mengenepikan soal bangsa dan agama.

1. Anwar Ibrahim sanggup menggadai maruah bangsa kerana mahu menjadi Perdana Menteri. Anwar Ibrahim sanggup menggadai apa saja yang penting dirinya dapat menjadi Perdana Menteri. Jantan tidak bermoral dan tidak bermaruah ini sanggup juga membohongi rakyat hanya kerana cita cita tinggi beliau yang tidak mungkin akan kesampaian.

2. Nik Aziz bertindak sebagai pembersih kepada semua kekotoran dalam PR dam bertindak sebagai nabi yang boleh mengubah fatwa mengikut kehendak dan citarasa parti mereka bagi meghalalkan yang haram dan haramkan yang halal.

3. Karpal Singh, bengali yang murtad kini tidak berserban kini menganggap Islam adalah sebuah agama yang tidak boleh diperjuangkan , Islam tidak boleh menjadi agama rasmi negara Malaysia kerana mereka mengamalkan prinsip Malaysia Malaysian. Karpal Pernah berkata langkah mayat ku dulu sebelum, PAS dapat dijadikan agama rasmi negara Malaysia. Karpal pernah mengeluar kan keyataan agar melangkah mayat beliau dahulu sebelum PAS dapat bangunkan Islam.

Mereka ini semuanya kandang apa yang mereka mahu adalah kuasa, bila diberikan kuasa mereka tidak akan berjaya untuk lakukan apa apa kerana mereka tidak pernah memikirkan mengenai pentadbiran tetapi hanya memikirkan mengenai bagaimana mahu mendapat kuasa. Bila dapat kuasa mereka tidak tahu nak buat apa. Hidup mereka penuh dengan khianat, dombaan dan fitnah dan inilah senjata mereka yang meracun rakyat semoga mereka diberikan kuasa, Pengundi Bagan Pinang perlu berhati hati dan perlu bijak membuat pilihan.

Kini PAS dan PKR hanya merupakan badut kepada DAP kerana mereka mahukan sangat DAP menjadi rakan mereka bagi merampas kuasa dari Barisan National. PAS sanggup tutup mata apabila Elizebeth Wong mendedahkan dan memperagakan alat sulitnya yang tidak lagi sulit, Nik Aziz juga mungkin sudah tenguk.....!

Lantas Nik Aziz berkata, dia tak salah….dia kangkang macam tuh pun tak salah , yang salah yang ambil gambar, yang benarkan ambil gambar tak salah, macam mana mamat itu masuk jika tidak dibenarkan masuk, macam mana mamat itu, kekasih beliau boleh masuk dalam keadaan beliau tidur sambil mulut bawah menghirup udara nyaman jika bukan beliau yang benarkan.

Monday, September 28, 2009

Majlis Rumah Terbuka YB Dato' Seri Khaled Nordin

Pada hari Ahad 27 September 2009 bertempat di Dewan Serbaguna Johor Jaya, Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang Merangkap Menteri Pengajian Tinggi Malayia, Dato Seri Hj Mohamed Khaled Bin Hj Nordin telah mengadakan majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidil Fitri. Majlis yang berkonsepkan 1 Malaysia ini telah dihadiri oleh berbilang bangsa dan kaum demi kemesraan, perpaduan serta sokongan yang erat dari kalangan kenalan dan rakan-rakan Dato Seri serta penduduk - penduduk dalam Bahagian Pasir Gudang khasnya. Turut hadir YB En. M.M Samy ADUN Permas, YB En. Tan Chek Puk, ADUN Johor Jaya dan Dato K.S Balakrishnan, Mantan ADUN Permas. Mereka begitu gembira kerana dapat bersalaman dengan pemimpin yang mereka sayangi demi kemajuan Bahagian Pasir Gudang. Majlis bermula jam 10.00 pagi dan diakhiri jam 4.00 petang.

YB. Dato Seri sedang meramah mesra dengan para tetamu

YB. Dato Seri sedang bergambar bersama
tetamu dan anak - anak

Suasana majlis rumah terbuka yang amat meriah

Antara persembahan yang diadakan bagi menghibur
para tetamu

Monday, September 14, 2009

Kempen Cegah H1N1

Pada Sabtu 11 September 2009, Pergerakan Pemuda UMNO Pasir Gudang dibantu oleh Pemuda UMNO Cawangan RPP1 mengadakan kempen bagi membantu mencegah jangkitan H1N1 dengan mengedar topeng (Mask) secara percuma kepada penjual dan pengunjung Bazaar Ramadhan di Rumah Pangsa Peringkat 1. Kempen ini bertujuan untuk mencegah dari tersebarnya wabak H1N1 di tempat - tempat yang menjadi tumpuan orang ramai serta mengalakan orang ramai sentiasa memakai topeng bagi mengelak dari menjangkit atau dijangkiti wabak ini.

Monday, September 7, 2009

Edaran Bubur Lambuk Cawangan RPP1 Sempena Bulan Ramadhan

Pada Jumaat 4 September 2009, UMNO Cawangan dan Pergerakan Wanita UMNO Cawangan RPP1 telah mengadakan program bagi mengedarkan bubur lambuk kepada penduduk kawasan Rumah Pangsa Peringkat 1 yang diadakan di pekarangan Pusat Komuniti RPP1. Edaran dijalan pada jam 4.00 petang dimana selain sasaran pada penghuni RPP1, edaran juga disasarkan kepada pengujung Bazar Ramadhan yang melalui kawasan tersebut. Bubur lambuk disampaikan oleh Pn. Asimah, Ketua Wanita UMNO Cawangan RPP1 bagi mewakili Ketua Cawangan.

Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadhan Kepada Fakir Miskin

Pada Jumaat 4 September 2009 satu Majlis Sumbangan Ramadhan dan Berbuka Puasa yang dijalankan di Masjid Al-Muhajirin, Masai. Majlis ini dihadiri oleh Dato’ Seri Hj Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ketua UMNO Pasir Gudang yang sudi menyampaikan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik di dalam bulan yang penuh keberkatan ini. Turut hadir ialah Dr. Abdul Rashid Tang Abdullah Naib Presiden Kanan Hadhari Cattle Industry Sdn Bhd dan Encik Zawahir Che Abdullah,Country Director daripada Islamic Relief Malaysia selaku pemberi sumbangan keperluan asas kepada fakir miskin dan anak-anak yatim. Hadir juga Timbalan Ketua Bahagian Dato’ Ibrahim Abdul Ghaffar. Sumbangan Ramadhan ini telah berjaya diagihkan kepada 100 orang anak yatim dan 250 orang fakir miskin termasuk 10 darinya ialah dari UMNO cawangan RPP1.

YB Dato Seri sedang menyampaikan sumbangan keperluan asas

Tuesday, September 1, 2009

Mini Night Xplore Race Sempena Menyambut Ambang Merdeka

Pada Sabtu 30 Ogos 2009, Biro Kesenian dan Kebudayaan UMNO cawangan RPP1 dengan kerjasama Jiran Muda KRT RPP1 telah mengadakan Mini Night Xplorace bersempena dengan sambutan malam ambang kemerdekaan ke 52 bertempat di pekarangan Pusat Komuniti RPP1. Seramai 32 orang kanak - kanak dan remaja berumur antara 10 hingga 18 tahun menyertai xplorace ini. Perlumbaan ini dijalankan dalam lingkungan kawasan RPP1 dimana terdapat sebanyak 6 checkpoint yang perlu dilalui oleh para peserta xplorace. Kembara ini bermula dari jam 10.00 mlm hingga jam 11.30 mlm. Selepas itu para peserta dan penduduk RPP1 menyambut malam ambang kemerdekaan pada tepat jam 12.00 tghmlm dimana diserikan dengan bunga api, nyanyian lagu - lagu patriotik negara dan deklamasi sajak kemerdekaan oleh peserta Xplore race. Acara kemuncak ialah majlis penyampaian hadiah kepada pemenang xplorace dan hadiah2 lain kepada ahli Kelab kompang dan Poco-Poco yang disampaikan oleh En. Sabran bin Awang, Ketua UMNO cawangan RPP1. Majlis ini berakhir jam 12.30 tghmlm.

Taklimat sedang dijalankan oleh penganjur

Antara peserta Night Xplore Race

Peserta sedang menyelesaikan tugasan yang diberi

Antara checkpoint yang dilalui oleh peserta

Semasa sedang mendeklamasikan sajak kemerdekaan