Pada Sabtu 7 Ogos 2010, Echo Rovers Crew bersama Pemuda UMNO Cawangan RPP1 mengadakan pertandingan diatas yang diadakan di Pusat Bowling Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang. Seramai 10 orang peserta terdiri dari remaja dan belia mengikuti pertandingan ini. Turut hadir bersama - sama menyertai pertandingan ialah En. Khairul Fahmi - Pengerusi Tetap Pemuda merangkap Setiausaha Cawangan RPP1.
Hadir juga ialah Pn. Eliza Moktar - Naib Ketua Puteri Cawangan. Pertandingan ini dijalankan sebanyak 2 pusingan bermula dari jam 8.30 malam hingga jam 10.30 malam. Hadiah pula terdiri dari Johan hingga tempat ke 5 serta hadiah khas "Raja Strike" dan "Raja Longkang". Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh En. Norhazli Mohamed - Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan RPP1 bagi mewakili Ketua Pemuda Cawangan RPP1.
0 ulasan:
Post a Comment