Pada Khamis 26 Januari 2012, UMNO cawangan RPP1 bersama dengan sayap - sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Cawangan bersama - sama membuat efaran baucer RM 500 kepada mereka yang layak menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bagi fasa 1 dan 2. Turut hadir ialah Tuan Haji Sabran Awang, Ketua Cawangan UMNO RPP1. Dengan cara ini kita dapat mendekati masyarakat serta mengambil peduli kebajikan mereka selaras dengan idea dan galakan YB Dato' Seri Ahli Parlimen Pasir Gudang yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Nota:- Mulai 2011 Hari Hol Almarhum Sultan Johor akan disambut mengikut Kalender Hijrah iaitu pada 6 Safar setiap tahun. Oleh yang demikian pada tahun ini disambut 2 kali iaitu yang akan datang pada 31 Disember 2011.
Pada Sabtu 17 Disember 2011, UMNO Caw. RPP1 menjadi tuan rumah bagi program diatas yang diadakan di Dewan Masyarakat Zon Air Biru 2. Seramai 40 orang hadir terdiri dari pemimpin - pemimpin masyarakat sekitar kawasan Pasir Gudang. Turut hadir ialah En. R. Sabapathy, Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2 merangkap Pengerusi MIC Bhg P.G dan Tn. Hj. Abdullah Abd Rahman, Ahli Majlis MPPG Zon Cendana merangkap AJK UMNO Bahagian PG.
Taklimat di sampaikan oleh En. Foong, Pengurus Keselamatan Titan Chemicals yang beroperasi di Pasir Gudang dan Tanjung Langsat serta hadir juga wakil pegawai dari Kesihatan daerah pasir Gudang dan Jabatan Alam Sekitar Johor Bahru. taklimat di diberi bertujuan untuk memberi pendedahan dan info berkenaan perjalanan operasi bagi kilang Titan serta tindakan keselamatan yang diambil bagi menjamin keselamatan penduduk sekitar Pasir Gudang.

Antara pemimpin masyarakat yang hadir

Wakil dari Jabatan Alam Sekitar sedang memberi
taklimatnya

En. Foong sedang memberikan taklimatnya

Suasana jamuan selepas taklimat


Klik banner diatas
Pada hari Ahad 16 Oktober 2011, UMNO Cawangan RPP1 bersama dengan Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru, JKP Zon Air Biru 2 dan KRT RPP1 telah mengadakan program diatas. Program ini dijalankan dimana Pejabat Kesihatan akan bergerak dari blok ke blok bersama - sama penduduk membersihkan serta membasmi tempat - tempat pembiakan nyamuk Aides.
Taklimat diadakan di Dewan Masyarakat Zon Air Biru 2 oleh pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah sebelum bergerak dari blok 1 hingga blok 24 sambil membasmi tempat pembiakan Aides. Selain itu juga penduduk diedarkan dengan ubat pembasmi jentik - jentik serta sedikit nasihat dari pegawai pejabat kesihatan. Hadir juga sebagai pelawat ialah En. R. Sabapathy - Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2, Inspektor Kesihatan kanan Daerah JB dan Pegawai Pusat Kesihatan Pasir Gudang. Program bermula jam 8.30 hingga 11.00 pagi.

Taklimat ringkas dari pegawai Pejabat
Kesihatan Daerah JB

Ketika bergerak dari blok ke blok

Aktiviti kutip sampah

Membasmi jentik - jentik mengunakan ubat
pembasmi di tempat air yang bertakung

Antara penduduk yang sedang membersihkan
kawasan blok masing - masing

Pemeriksaan di rumah - rumah yang kosong

Tn. Hj. Sabran sedang berbincang dengan
Inspektor Kesihatan Kanan Daerah Johor Bahru