BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Sunday, February 26, 2012

Taklimat & Ceramah Pilihanraya PDM Taman Air Biru

Pada hari Rabu 22 Febuari 2012, Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Air Biru bersama dengan UMNO cawangan RPP1 telah mengadakan program ceramah diatas yang diadakan di Balai Komuniti Zon Air Biru 2. Seramai hampir 100 orang terdiri dari ahli UMNO cawangan - cawangan dalam PDM Taman Air Biru dan PDM Pelabuhan Johor hadir bagi mendengar taklimat ini. Hadir bersama ialah Tuan Haji Rahim bin Latiff - Bendaharui UMNO Bahagian Pasir Gudang merangkap Pengerusi PDM Taman Air Biru.

Turut hadir juga ialah En. Ali bin Jaudin - Pengerusi PDM Pelabuhan Johor dan En. Dahari , AJK UMNO Bahagian merangkap Ketua Penerangan & Ceramah Jentera Pilihanraya BN Bahagian Pasir Gudang. Antara ceramah yang disampaikan oleh Ketua Penerangan PDM Taman Air Biru berkisar tentang mengapa pemimpin pembangkang yang ada tidak boleh menjadi PM serta memimpin rakyat dan negara Malaysia. Taklimat ini bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tghmlm.

Photobucket
Persediaan sebelum program

Photobucket
Ucapan oleh Tn. Hj. Rahim Latiff
Pengerusi PDM Taman Air Biru

Photobucket
Taklimat oleh Ketua Penerangan PDM
Taman Air Biru

Photobucket
Jemputan dari UMNO Bahagian

Photobucket
Suasana kehadiran penduduk dan ahli UMNO

Wednesday, February 15, 2012

Pengagihan Baucer BR1M Cawangan RPP1 Fasa 3 dan 4

Pada 12 Febuari 2012, UMNO Cawangan RPP1 telah mengadakan pengagihan baucer BR1M diatas bertempat di Balai Komuniti Zon Air Biru 2. Seramai hampir 100 orang penduduk sekitar kawasan Rumah Pangsa Peringkat 1, Perumahan Bakti dan Perumahan 69 yang layak menerima baucer BR1M sebanyak RM 500 disampaikan oleh Tuan Haji Sabran Awang - Ketua cawangan UMNO RPP1. kaunter agihan dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.




Photobucket
Kehadiran penerima bantuan BR1M

Photobucket
Urusetia BR1M sedang memberikan taklimat bagi
cara menebus baucer BR1M

Photobucket
Tn. Hj. Sabran menyampaikan sumbangan

Photobucket
Salah seorang penerima BR1M

Photobucket
Penerima BR1M bergambar bersama ahli UMNO
Cawangan RPP1 yang menjayakan program ini



Saturday, February 11, 2012

Festival Layang - Layang Sedunia, Pasir Gudang Ke 17 2012

Photobucket

Sunday, February 5, 2012

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1433 Hijrah 2012 Masihi

Photobucket

Monday, January 30, 2012

Pengagihan Baucer BR1M Cawangan RPP1 Fasa 1 dan 2.

Pada Khamis 26 Januari 2012, UMNO cawangan RPP1 bersama dengan sayap - sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Cawangan bersama - sama membuat efaran baucer RM 500 kepada mereka yang layak menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bagi fasa 1 dan 2. Turut hadir ialah Tuan Haji Sabran Awang, Ketua Cawangan UMNO RPP1. Dengan cara ini kita dapat mendekati masyarakat serta mengambil peduli kebajikan mereka selaras dengan idea dan galakan YB Dato' Seri Ahli Parlimen Pasir Gudang yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Wednesday, January 18, 2012

Program yang Dipertua Turun Padang & Perasmian Balai Komuniti Zon Air Biru 2

Pada Ahad 15 Januari 2012, JKP Zon Air Biru 2 dengan kerjasama KRT dan UMNO RPP1 telah mengadakan program diatas yang diadakan di pekarangan blok 16/17 SEDC Flat yang merupakan zon pertama dalam MPPG yang menjalankan program ini bagi tahun 2012. Seramai lebih 200 orang hadir dalam program ini. Program ini dirasmikan oleh Tuan Haji Onn bin Jabbar@Jaafar, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG). Turut hadir ialah Tuan Haji Abd Rahman selaku Ketua WHIP, En. R. Sabapathy selaku Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2 dan ahli - ahli majlis MPPG yang lain. Turut diadakan ialah penyampaian sumbangan kepada pelajar sekolah yang kurang mampu hasil sumbangan dari Titan Chemicals Pasir Gudang.

Banyak program dan pengisian telah dijalankan iaitu program senamrobik, pertandingan mewarna untuk tadika, rekacipta untuk keluarga, sukaneka terbuka dan cabutan bertuah diakhir program. Dalam masa program itu juga YDP MPPG telah merasmikan Balai Komuniti Zon Air Biru 2. Sebuah bangunan yang akan menjadi pusat kegiatan masyarakat seperti kelas memasak, taklimat, majlis keraian dan sebagainya hasil dari peruntuk hadiah projek zon paling aktif tahun 2009 yang lalu. Program ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 2.00 petang.

Photobucket
Aktiviti senamrobik bersama penduduk

Photobucket
Ketibaan YDP bersama Ketua WHIP
disambut oleh En. R. Sabapathy

Photobucket
Antara penduduk yang hadir

Photobucket
Penyampaian sumbangan sekolah
dari Titan Chemicals Pasir Gudang

Photobucket
Pertandingan mewarna & rekacipta

Photobucket
Salah satu acara sukaneka

Photobucket
Pemenang utama cabutan bertuah

Photobucket
YDP menandatangani plaque tanda perasmian
Balai Komuniti Zon Air Biru 2

Friday, December 30, 2011

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012

Photobucket

Wednesday, December 28, 2011

Cuti Umum Bagi Negeri Johor 2012

Photobucket

Nota:- Mulai 2011 Hari Hol Almarhum Sultan Johor akan disambut mengikut Kalender Hijrah iaitu pada 6 Safar setiap tahun. Oleh yang demikian pada tahun ini disambut 2 kali iaitu yang akan datang pada 31 Disember 2011.

Wednesday, December 21, 2011

Taklimat Keselamatan & Sessi Dialog Bersama Titan Chemicals

Pada Sabtu 17 Disember 2011, UMNO Caw. RPP1 menjadi tuan rumah bagi program diatas yang diadakan di Dewan Masyarakat Zon Air Biru 2. Seramai 40 orang hadir terdiri dari pemimpin - pemimpin masyarakat sekitar kawasan Pasir Gudang. Turut hadir ialah En. R. Sabapathy, Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2 merangkap Pengerusi MIC Bhg P.G dan Tn. Hj. Abdullah Abd Rahman, Ahli Majlis MPPG Zon Cendana merangkap AJK UMNO Bahagian PG.

Taklimat di sampaikan oleh En. Foong, Pengurus Keselamatan Titan Chemicals yang beroperasi di Pasir Gudang dan Tanjung Langsat serta hadir juga wakil pegawai dari Kesihatan daerah pasir Gudang dan Jabatan Alam Sekitar Johor Bahru. taklimat di diberi bertujuan untuk memberi pendedahan dan info berkenaan perjalanan operasi bagi kilang Titan serta tindakan keselamatan yang diambil bagi menjamin keselamatan penduduk sekitar Pasir Gudang.

Photobucket
Antara pemimpin masyarakat yang hadir

Photobucket
Wakil dari Jabatan Alam Sekitar sedang memberi
taklimatnya

Photobucket
En. Foong sedang memberikan taklimatnya

Photobucket
Suasana jamuan selepas taklimat

Monday, December 12, 2011

Konvoi Bermotor Bersempena Karnival Komuniti Pasir Gudang

Photobucket