Pada Ahad 25 Julai 2010, UMNO Caw. RPP1 dengan bekerjasama Pejabat Kesihatan Daerah JB, DeVIT Zon dan KRT RPP1 telah mengadakan program diatas yang diadakan di 12 blok SEDC Flat yang melibatkan blok Lam Soon dan KTMB. Seramail hampir 100 orang penduduk RPP1 mengadakan gotong royong membersihkan blok masing - masing bagi tujuan untuk membasmi tempat pembiakan nyamuk Aides.
Pada Ahad 18 Julai 2010, JKP Zon Air Biru 2 dengan bekerjasama JK Masjid Taman Air Biru, DeVIT Zon dan UMNO Cawangan RPP1 telah mengadakan program diatas yang diadakan di Masjid Taman Air Biru, Pasir Gudang. Seramai lebih 20 orang yang terdiri dari penduduk dan jemaah masjid hadir bersama - sama membersih dan menceriakan persekitaran masjid sempena menyambut bulan puasa akan datang.
Turut hadir bersama - sama membersihkan kawasan masjid ialah Tn. Hj. Jamian bin Sulaiman - Pengerusi JK Masjid Tmn Air Biru yang juga Ketua Penerangan UMNO Caw. RPP1. Antara gotong royong yang dibuat ialah membersihkan longkang, kolam wuduk serta persekitaran dalam dan luar masjid. Gotong Royong ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari.

Sedang membersihkan tingkap masjid

Pembersihan di dalam masjid

Posing selepas membersihkan longkang dan
kolah masjid

Bersarapan pagi

Berehat selepas tamat gotong royong
Majlis Bacaan Tahlil Perdana
Anjuran: UMNO Cawangan Perjiranan 8
Tarikh: Khamis 29 Julai 2010
Masa: Selepas solat Isyak
Tempat: Surau Perjiranan 8, Tmn Air Biru
Bengkel Penyediaan dan Edaran Bubur Lambuk
Anjuran : UMNO Cawangan RPP1
Tarikh: Ahad 1 Ogos 2010
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1
Pada hari Isnin 12 Julai 2010, UMNO cawangan RPP1 menjadi tuan rumah mesyuarat diatas yang diadakan di Pusat Komuniti RPP1. Seramai 18 orang AJK UMNO dari Cawangan RPP1 dan Perjiranan 8 hadir dalam mesyuarat ini yang dipengerusikan oleh Tn. Hj. A. Rahim bin Latif - Penyelaras Peti Undi SK. Pasir Gudang 3 merangkap Bendahari UMNO Bahagian Pasir Gudang. Turut hadir ialah En. Sabapathy a/l Ramasamy - Ketua MIC Pasir Gudang yang juga Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2.
Mesyuarat ini membincangkan berkenaan Program Kempen Alam Sekitar yang bakal diadakan pada 1 Ogos 2010 ditunda selepas hari raya memandangkan YB. Dato' Seri tidak dapat hadir pada program tersebut. Walaubagaimanapun akan diadakan beberapa program lain iaitu Tahlil Perdana anjuran UMNO Cawangan Perjiranan 8, Program edaran bubur lambok yang akan diadakan pada hujung bulan ini dan beberapa program lain akan datang. Mesyuarat ini bermula jam 9.20 mlm dan berakhir jam 10.40 mlm.
AJK UMNO Caw. RPP1 dan Perjiranan 8 yang hadir
Tn. Hj. A. Rahim sebagai pengerusi bersama denganEn. Sabapathy - Ketua MIC Pasir Gudang
Pada 3 Julai 2010, ahli KRT RPP1 yang juga ahli UMNO cawangan RPP1 telah menghantar seramai 20 orang bagi menyertai Program "Road Safety Walk" anjuran MPPG dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Johor. Seramai lebih 1000 orang peserta terdiri dari persatuan penduduk, NGO, jabatan kerajaan/swasta, industri dan orang perseorangan menyertai program ini yang bermula dari Dataran Mawar hingga ke Dataran Aqabah, Komplek Pusat Bandar Pasir Gudang. Program ini dirasmikan oleh YB Dato' Hj. Ahmad Zahri bin Jamil - Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri Johor bagi mewakil YB. Dato Abd Ghani bin Othman - Menteri Besar Johor. Turut hadir ialah dan Yang Dipertua MPPG Tn. Hj. Rahim bin Nin serta Ahli - Ahli Majlis MPPG. Selain program berjalan sambil mengedar risalah, turut diadakan juga perkongsian pengalaman oleh seorang mangsa kemalangan, gimik kemalangan dan cabutan nombor bertuah. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari.
Sebahagian peserta dari Rumah Pangsa Peringkat 1

Suasana keadaan di Dataran Mawar

Ketibaan YB Hj Ahmad Zahri, Exco Kerajaan Negeri
Johor diiringi YDP MPPG serta Ahli Majlis MPPG

Keramaian peserta di kawasan pekedaian
Taman Mawar

Himpunan para peserta berarak sepanjang jalan
sehingga ke Dataran Aqabah

YB Exco sedang menyampaikan risalah tentang
keselamatan jalanraya kepada peniaga Pasar Tani

Suasana di Dataran Aqabah

Gimik Kemalangan