Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia
Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.
1 Julai 2010 merupakan tarikh keramat bagi penduduk Pasir Gudang dimana pada tarikh tersebut Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dirasmikan. Dalam masa yang sama diadakan perasmian logo dan bendera MPPG serta perasmian Merana Aqabah yang terletak di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang menjadi pusat pentadbiran MPPG. Majlis diadakan dengan penuh gilang gemilang dengan pembacaan watikah perisytiharan oleh Menteri Besar Johor, persembahan kebudayaan serta artis jemputan dan sebagainya. Diakhir perasmian dipancarkan bunga api yang berwarna warni selama 15 minit.
Ketibaan YB. Dato' Abd Ghani bin Othman Menteri Besar Johor dan YB Dato' Seri Khaled bin Nordin Ahli Parlimen Pasir Gudang serta dif - dif VVIP
Persembahan Kebudayaan dari Warisan Johor
Persembahan kebudayaan dari semua kaum 1MALAYSIA
Persembahan artis jemputan Ali Mamak dan Jalil Hamid
Peserta Larian Semarak Perisytiharan membawa Baton Watikah Perisytiharan kepada Menteri Besar Johor
Menteri Besar Johor membaca watikah perisytiharan Pasir Gudang
menjadi Majlis Perbandaran Pasir Gudang
Perasmian Menara Aqabah
Aksi stunt dari Jabatan Bomba & Penyelamat turun dari puncak Menara Aqabah sambil membawa bendera MPPG
Pancaran bunga api dari puncak menara Aqabah
Banner perasmian Menara Aqabah
Bunga api yang berwarna warni
Pancaran bunga api selama 15 minit memukau penduduk Pasir Gudang
0 ulasan:
Post a Comment