BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

About Me

My photo
Blok 15 B/3, SEDC Flat, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia


Cawangan ini menubuhkan penajanya pada 6 Ogos 2005 dan dirasmikan pada 23 Julai 2006 oleh Tn. Hj. Ahmad bin Daud, Naib Ketua UMNO Pasir Gudang bagi mewakili Y.B Datuk Seri Hj Mohd Khaled bin Hj Nordin, Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang. Cawangan Rumah Pangsa Peringkat 1 merangkumi kawasan rumah pangsa bermula dari blok 1 hingga 24, Perumahan 69 dan Perumahan Bakti.

Thursday, July 15, 2010

Mesyuarat Penyelaran Peti Undi SK Pasir Gudang 3 kali ke 4

Pada hari Isnin 12 Julai 2010, UMNO cawangan RPP1 menjadi tuan rumah mesyuarat diatas yang diadakan di Pusat Komuniti RPP1. Seramai 18 orang AJK UMNO dari Cawangan RPP1 dan Perjiranan 8 hadir dalam mesyuarat ini yang dipengerusikan oleh Tn. Hj. A. Rahim bin Latif - Penyelaras Peti Undi SK. Pasir Gudang 3 merangkap Bendahari UMNO Bahagian Pasir Gudang. Turut hadir ialah En. Sabapathy a/l Ramasamy - Ketua MIC Pasir Gudang yang juga Ahli Majlis MPPG Zon Air Biru 2.

Mesyuarat ini membincangkan berkenaan Program Kempen Alam
Sekitar yang bakal diadakan pada 1 Ogos 2010 ditunda selepas hari raya memandangkan YB. Dato' Seri tidak dapat hadir pada program tersebut. Walaubagaimanapun akan diadakan beberapa program lain iaitu Tahlil Perdana anjuran UMNO Cawangan Perjiranan 8, Program edaran bubur lambok yang akan diadakan pada hujung bulan ini dan beberapa program lain akan datang. Mesyuarat ini bermula jam 9.20 mlm dan berakhir jam 10.40 mlm.

AJK UMNO Caw. RPP1 dan Perjiranan 8 yang hadir

Tn. Hj. A. Rahim sebagai pengerusi bersama dengan
En. Sabapathy - Ketua MIC Pasir Gudang

0 ulasan: