Pada 1 Ogos 2010, Jawatankuasa Peti Undi Sek. Keb. Pasir Gudang 3 dengan kerjasama UMNO Cawangan dan KRT Rumah Pangsa Peringkat 1 telah mengadakan program diatas sempena untuk menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak. Seramai lebih 30 orang peserta hadir membantu sambil mempelajari teknik cara memasak bubur lambuk. Hadir bersama ialah Tn. Hj. A. Rahim bin Latiff - Pengerusi Peti Undi SKPG 3 merangkap Bendahari UMNO Pasir Gudang dan Tn. Hj. Baharudin bin Latif - Pegawai Khas YB Dato' Seri Khaled Nordin yang juga AJK UMNO Pasir Gudang.
Program bermula jam 9.00 pagi dimulakan dengan taklimat penerangan bagi penyediaan bubur lambuk oleh Pn. Asimah Jusoh - Ketua Wanita Cawangan diikuti dengan amali dimana semua peserta bersama - sama bergotong royong memasak dan menyiapkan bubur lambuk tersebut. Pada jam 3.00 petang para peserta mula mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai terutama pengundi - pengundi dari SKPG3 di sekitar kawasan Rumah Pangsa Peringkat 1. Program ini berakhir jam 5.00 petang.

0 ulasan:
Post a Comment