Tarikh
29 Jun 2010 (Selasa)
Tempat
Pusat Komuniti Rumah Pangsa Peringkat 1
Jalan 10/17, Pasir Gudang
Masa
8.45 malam
Kehadiran
Ketua Cawangan, Pegawai dan AJK Cawangan
Ketua - ketua Sayap Cawangan
Rumah Pangsa Peringkat 1 dan Perjiranan 8
Pada hari Ahad 20 Jun 2010, Pergerakan Puteri UMNO Cawangan RPP1 telah menghantar 3 orang perwakilanya iaitu Sdri Nooraidah - Ketua Puteri cawangan, Sdri Eliza - Naib Ketua Puteri dan Sdri Iza Lina - Pen. Bendahari Puteri cawangan ke Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Pasir Gudang yang diadakan di Dorset Hotel, Johor Bahru jam 9.00 pagi. Mesyuarat Perwakilan ini dirasmikan oleh Pn. Nor Azila binti Abd Rahman - Penolong Setiausaha Puteri UMNO Malaysia. Turut hadir ialah Ketua Puteri UMNO Pasir Gudang YM. Raja Norasyikin dan wakil - wakil penyelaras bahagian. Mesyuarat Perwakilan Puteri ditangguhkan jam 11.30 pagi.
Para perwakilan Puteri UMNO dari cawangan - cawangandalam Pasir Gudang
Penyampaian cenderahati kepada Pn. Nor Azilah Abd Rahmanoleh YM Raja Norasyikin
Barisan kepimpinan Puteri UMNO Bahagian Pasir Gudang
Para perwakilan puteri cawangan bersalam - salaman setelah tamat persidangan
Pada sebelah petang pula, Pergerakan Pemuda UMNO cawangan RPP1 telah menghantar 3 orang perwakilanya iaitu Sdra Khairul Fahmi - Pengerusi Tetap Pemuda Cawangan mewakili En. Khalimi - Ketua Pemuda Cawangan yang juga AJK Pemuda Bahagian, Sdra Norhazli - Pen. Setiausaha Pemuda Cawangan dan Sdra Norhisyam - Ahli Pemuda Cawangan ke Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Pasir Gudang yang diadakan di T.S Hotel Tmn Scientex, Pasir Gudang jam 2.00 petang. Mesyuarat Perwakilan ini dirasmikan oleh Y.B Dato' Razali bin Hj Ibrahim naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Tarikh
, PPada hari Khamis 3 Jun 2010, YDP Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Tn. Hj. A. Rahim bin Nin mengadakan lawatanya ke kawasan Zon Taman Air Biru 2 bagi meninjau kawasan - kawasan perumahan dalam Zon Taman Air Biru 2. YDP MPPG tiba di Pusat Komuniti RPP1 pada jam 4.30 petang disambut oleh En. Sabapathy Ahli Majlis Zon TAB 2, En. Sabran Awang Pengerusi JKP Zon TAB 2 yang juga Ketua UMNO Caw. RPP1. Turut hadir ialah En. Zainal Setiausaha MPPG dan beberapa Pegawai Kanan MPPG.
Pada Sabtu 22 Mei 2010, beberapa orang ahli UMNO dari cawangan RPP1 berkumpul di Kg. Plentong Baru, Masai bagi menyambut ketibaan YAB Datuk Seri Najib bin Tun Razak, Perdana Menteri kita yang juga Presiden UMNO Malaysia dalam lawatan beberapa tempat di Johor Bahru. YAB Perdana Menteri tiba di Pekan Kg. Plentong Baru pada jam 10.30 pagi. Hadir menyambut ialah YB. Dato' Seri Hj. Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang yang juga Ketua UMNO Pasir Gudang, YB En. Tan Cherk Puk ADUN Johor Jaya merangkap Ketua MCA Pasir Gudang, YB. En. M.M Samy ADUN Permas dan juga En. Sabapathy Ketua MIC Pasir Gudang serta AJK - AJK Komponen Barisan Nasional Bahagian Pasir Gudang.
Pada Ahad 16 Mei 2010, UMNO cawangan RPP1 telah berjaya menyempurnakan persidangan bagi cawangan dan sayap - sayap cawangan iaitu Pemuda, Puteri dan Wanita yang diadakan di Pusat Komuniti RPP1. Ini merupakan pertama ketiga - tiga sayap terutama sayap wanita yang baru ditubuhkan bersidang serentak pada malam tersebut. Persidangan sayap - sayap bermula pada jam 8.30 mlm dan berakhir dalam jam 9.30 mlm dan selepas itu diteruskan dengan dengan persidangan cawangan yang berakhir jam 10.45 malam. Turut hadir sebagai pegawai penyelaras ialah En. Ali Jaudin bin Mukhibat, AJK UMNO Bahagian Pasir Gudang. Hadir juga Sdra Ramli, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pasir Gudang serta penyelaras - penyelaras persidangan sayap dari Bahagian Pasir Gudang.
Persidangan Tahunan Cawangan RPP1 Kali ke 5
Persidangan Sayap Pemuda Cawangan RPP1
Persidangan Sayap Puteri Cawangan RPP1
Persidangan Sayap Wanita Cawangan RPP1